berita

Shout Award 2012 : Perkenalkan 2 Anugerah Baru Dari Media Sosial

July 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Baru diperkenalkan semenjak tahun 2010, Shout Awards 2012 bakal menjadi edisi yang ketiga dan kami pasti, ada diantara anda yang sudah tidak sabar untuk mengetahui siapakah bakal pemenang-pemenang bagi anugerah yang dipertandingkan.

Jangan risau, kerana Shout Awards 2012 akan berlangsung pada 24 November 2012 bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon. Anugerah yang dianjurkan oleh 8TV ini kali ini kembali dengan lebih meriah dan seiring dengan kepesatan medium ‘online’, Shout Awards telah memperkenalkan 2 anugerah baru menerusi kategori baru, ‘Media Sosial’ iaitu “Wired Celebriti Award” dan “Shout! Aloud Award”.

Memetik dari kenyataan Pengurus Besar Kumpulan 8TV & ntv7, Cik Airin Zainul, “Sememangnya 8TV sentiasa menyokong idea-idea kreatif dan tidak menghairankan apabila kami kembali dengan tahun ketiga Shout Awards bagi meneruskan usaha memberi pengiktirafan kepada bakat-bakat dalam industri hiburan di Malaysia.”

Sekali lagi, Shout Awards akan disiarkan secara langsung dari Surf Beach, Sunway Lagoon pada hari Sabtu, 24 November 2012 tepat jam 8.30 malam menerusi saluran 8TV.

Untuk pengetahuan, Shout Awards kini mempunyai akaun Twitter rasmi iaitu @TheShoutAwards dan juga ‘hash tag’ rasmi, #shoutawards. Jadi, anda bolehlah mengikuti akaun Shout Awards untuk perkembangan terbaru anugerah ini ya! Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari lamanweb rasmi Shout Awards.

SKIP THIS AD ×