Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa kecewa apabila ada segelintir warganet yang menyoal tentang rezeki dan kerjayanya.
Artikel Berkaitan: ‘Nak Harapkan RM100 Duit Hafidz Bagi Pun Culas Tiap Bulan’ – Nurul Shuhada
Artikel Berkaitan: ‘Bukan Gambar Privasi Pun, Sesiapa Boleh Cari Dekat Google’ – Nurul Shuhada Nafi Masih Tak Move On
Erti tanggungjawab
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG), pemilik nama Nurul Shuhada Mat Syukri mendedahkan salah satu komen warganet yang menyifatkan dirinya sebagai seorang yang tidak bersyukur.
Nasib dia bagi. Belajar bersyukur, lagi pun awak dah ada kerjaya bukan? Bangkit. Maka gunakan kudrat. Masa untuk lebih berjasa dari membuang masa. Semoga dipermudahkan urusan.
Ibu kepada dua orang anak ini kemudian membalas komen tersebut dengan tegas berkata, selama kini dia membanting tulang untuk mencari rezeki selain mencuba sehabis baik untuk membesarkan anak-anak.
Belajar untuk tahu erti tanggungjawab.
Bila ada manusia yang suruh kita belajar erti syukur. Bila dia menuduh saya tak gunakan kudrat cari rezeki untuk anak-anak.
Untuk mengetahuan awak, saya bukan setakat guna kudrat, saya gunakan segala apa yang saya ada nak besarkan anak-anak. Jangan cakap yang bukan-bukan la kalau awak sendiri tak pernah ada anak.
Dalam pada itu, Shuhada juga menasihati individu tersebut agar sentiasa meletakkan soal rezeki kepada Allah.
Jangan persoal bab rezeki di tutup oleh seseorang. Rezeki datang dari siapa abang? Dari Allah. Belajar letak pergantungan 100% dekat Allah, belajar untuk letak Allah nombor satu. Jangan buat Allah murka.
Terdahulu, Shuhada mendakwa Hafidz culas dalam memberi nafkah terhadap anak-anak mereka dan dia perlu bekerja keras demi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Sekadar info, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah bercerai pada 27 Julai lalu.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Sumber: Instagram Shuhada