Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendakwa bekas suaminya ada membuat laporan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menuduh dirinya mengabai serta mendera dua anaknya, Humaria dan Umar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi Nafi Dakwaan Culas Bayar Nafkah Anak – ‘Saya Tak Pernah Terlepas Bayar’
JKM siap datang rumah
Ketika ditemui OhBulan!, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, tindakan yang dibuat bekas suaminya itu telah menyebabkan kedua anaknya menjadi trauma selepas kediaman mereka didatangi beberapa pihak yang dipercayai merupakan petugas dari Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.
Janganlah susahkan benda yang senang dan jangan pentingkan diri sendiri. Baru-baru ini sampaikan pihak JKM datang bawa Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak.
Mereka katakan adanya laporan dari pihak Hafidz mengatakan saya ni abaikan anak-anak padahal saya ni yang mengadungkan, melahirkan dan yang menjaga anak-anak.
Kenapa nak pentingkan diri sangat sebabkan dia marahkan saya tapi nak zalimi anak-anak. Sampaikan anak-anak jadi trauma bila ramai orang datang rumah periksa segalanya.
Shuhada berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada prosiding sebutan hadanah hak penjagaan anak mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Selasa.
Shuhada turut mempertikai tindakan bekas suaminya itu yang menuduhnya bertindak sedemikian sehingga membuat laporan kepada pihak JKM.
Apa niat dia nak pihak JKM datang rumah? Sanggup ke nak tengok anak-anak duduk dengan pihak mereka?
Saya sendiri tertanya-tanya kenapa sampai buat laporan macam tu? Sebabnya kalau dia nak datang jumpa anak-anak saya memang akan bagi.
Sampaikan mak saya pun pelik siap nak ambil gambar dan sebagainya, tak selesa macam mana lagi rumah kami ni?
Sementara itu, Shuhada berharap agar Hafidz tidak mengamalkan sikap pentingkan diri dalam hal yang melibatkan hak penjagaan anak kerana dia mahu memulakan hidup yang lebih baik dalam membesarkan anak-anak.
Sekadar info, kes tuntutan hadanah membabitkan Hafidz Dan Shuhada sebelum ini terpaksa ditangguh selepas pelakon itu menarik semula persetujuan untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isterinya itu.
Untuk rekod, perkahwinan mereka mula dilanda badai selepas timbulnya dakwaan adanya orang ketiga yang mengganggu rumah tangga mereka.
Nurul Shuhada kemudiannya dilaporkan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.
Hafidz dan Shuhada kemudiannya disahkan bercerai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.