Bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri kini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Tunai Umrah Selepas Habis Iddah
Tengok pintu Kaabah dibuka
Menerusi hantaran di Instagram, Shuhada berkongsi momen dirinya menjadi antara individu yang terpilih untuk melihat pintu Kaabah dibuka.
Dapat dilihat, pintu Kaabah dibuka oleh beberapa petugas di Masjidil Haram bagi membersihkan kawasan di sekelilingnya.
Ibu kepada dua orang anak itu turut meluahkan rasa syukurnya selepas berpeluang untuk memegang kain yang digunakan untuk mengelap pintu Kaabah.
Alhamdulillah Allah izinkan untuk melihat dengan mata sendiri pembukaan pintu Kaabah.
Allah izin dapat pulak pegang kain yang digunakan untuk lap dinding Kaabah.
Dalam pada itu, Shuhada turut memuat naik beberapa gambar dirinya sepanjang menunaikan umrah di Makkah.
Pada Sabtu yang lalu, Shuhada yang berangkat ke Tanah Suci memohon doa orang ramai agar segala urusannya menunaikan umrah dipermudah.
Sekadar info, selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai yang lalu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Posting Shuhada
View this post on Instagram
Sumber: Instagram