Umum mengetahui, pelakon, Hafidz Roshdi akhirnya sah bercerai dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pagi tadi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Sah Cerai Talak Satu
Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Kemungkinan Cerai Hari Ini
Sah cerai talak satu
Menurut Hafidz, dia berasa gembira segala proses hari ini dipermudahkan dan akhirnya mereka berpisah.
Saya bersyukur kerana hari ini saya sudah bercerai talak satu. Saya nak ucap terima kasih buat semua yang hormat privasi dan karier saya. Saya hormati keputusan tuan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini. “
Disoal mengenai perancangan masa hadapan dan hubungannya dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada, Hafidz berkata dia tidak dapat memberi sebarang komen.
Masa depan biarlah Allah yang tentukan. No komen. Rilek dulu, pape roger’. Kalau saya kahwin mesti saya bagitahu peguam saya.”
Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
@ohbulanofficial Replying to @lmk Respon Hafidz Roshdi apabila ditanya tentang spekulasi Baju Melayu putih dan ingin berkahwin baru.. ????#ohbulan #news #fyp #hafidzroshdi