Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mengejutkan ramai dengan mendedahkan tangkap layar perbualan yang didakwa antara aktor itu bersama seorang wanita.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Sedang Hamil? Ini Jawapan Hafidz Roshdi – ‘Orang Akan Nampak Sendiri Perubahan Tu’
Artikel Berkaitan: Ibarat Peluang Kedua, Hafidz Roshdi Syukur Dapat Tawaran Berlakon – ‘Semoga Ini Jadi Titik Tolak Untuk Saya Kembali Aktif’
’18 bulan saya bersabar’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Shuhada atau nama lengkapnya Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa perbualan berbaur lucah itu dihantar sendiri oleh wanita tersebut untuk membuktikan kepada Shuhada bahawa dia dan Hafidz sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Ini perbualan antara pelakor (wanita perampas) dan bekas sisa (Hafidz Roshdi) saya. Untuk pengetahuan, chat ini diberi oleh pelakor sendiri sebab nak buktikan yang dia mampu untuk memuaskan si polan.
Dakwa Shuhada lagi, itu adalah antara salah satu punca mengapa dia memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu.
18 bulan saya bersabar. Kau yang mula dulu maka sila bincangkan. Saya pegang kata-kata ‘jangan mula dulu Shu, kalau dia yang sebarkan dulu then baru you up’. Jadi di sebabkan sampai perbualan mama saya pertahankan. Saya pun di malukan, jadi silakan menjamu hidangan.
Jangan jolok sarang tebuan. Kau sentuh mak dan anak-anak aku, kau habis.
Untuk rekod, Hafidz pernah mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun disahkan bercerai pada 27 Julai lalu.
Hafidz Roshdi kemudian berkahwin pula dengan wanita pilihannya iaitu Athira Yuhada Disember 2023.
Hasil perkongsian hidup bersama Shuhada, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun.
Pendedahan Shuhada
Sumber: Instagram Shuhada Shukri