Susulan syarikat Bubble Bee milik pelawak dan usahawan Shuib, yang didakwa culas membayar caruman Wang Simpanan Pekerja (KWSP), satu kenyataan rasmi berhubung isu tersebut telah dikeluarkan sebentar tadi.
Artikel Berkaitan: Shuib Mengaku Syarikat Culas Bayar Caruman KWSP Pekerja – ‘Berlaku Salah Laku Pengurusan’
Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Bayar Caruman KWSP Pekerja, Ini Respon Shuib – ‘Saya Akan Berbincang Dengan Pihak Pengurusan Bubblebee’
Kenyataan rasmi
Menerusi perkongsian terbaru di Instagram (IG), Shuib memuat naik perkembangan terkini melibatkan isu berkenaan berikutan ianya mendapat perhatian banyak pihak dan timbul pelbagai spekulasi.
Difahamkan perbincangan di antara pihak Bubble Bee dengan pihak KWSP telah dilakukan dan satu perjanjijan telah diwujudkan di hadapan mahkamah.
Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee) ingin menerangkan perkembangan terkini tentang isu-isu yang berkaitan dengan tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti berikut dan kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Untuk pengetahuan semua, pihak Bubblebee telah mengadakan perbincangan dengan pihak KWSP secara formal dan kedua-dua pihak telah berjaya mencapai satu perjanjian penyelesaian yang sempurna di hadapan Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya, Selangor pada awal tahun ini (2024).
Susulan itu, pihak Bubble Bee menegaskan bahawa mereka akan menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang telah dikemukakan demi menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik.
Seterusnya, pihak Bubblebee akan mematuhi dan melaksanakan kesemua kewajipannya selaras dengan terma-terma penyelesaian yang telah dipersetujui. Oleh itu, pihak Bubblebee dengan ini menjelaskan bahawa isu-isu tersebut telah diselesaikan dengan sempurna.
Dalam pada itu, pihak Bubble Bee juga berharap agar segala spekulasi berhubung isu tersebut dihentikan selain tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah.
Pihak Bubblebee juga menyatakan bahawa tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat atau menerbitkan sebarang kenyataan atau tuduhan yang tidak benar dan berniat jahat terhadap pihak Bubblebee mengenai isu-isu tersebut.
Pihak Bubblebee berharap sebarang spekulasi atau sebaran fitnah yang tidak berasas dihentikan segera dan saudara-saudari akan terus menyokong perniagaan pihak Bubblebee.
Akhirnya, pihak Bubblebee mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan saudara-saudari yang berterusan terhadap pihak Bubblebee selama ini selaku sebuah jenama tempatan Malaysia yang berhasrat dan berusaha menempa nama di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, tular di laman TikTok apabila seorang individu mendakwa syarikat Bubble Bee tidak membayar caruman KWSP pekerja sejak awal tahun 2023.
Tidak hanya itu, individu tersebut turut mendakwa berlakunya kelewatan pembayaran gaji serta elaun kerja lebih masa pekerja Bubble Bee.
Sumber: Instagram Shuib