Pelawak dan usahawan Shuib berharap budaya buli siber yang dilihat semakin berleluasa di Malaysia dapat dihentikan sebelum menjadi semakin melarat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Hanya Bergurau Dengan Uwais, Enggan Panjangkan Isu Samakan Dengan Orang Asli
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib ‘Throwback’ Momen Di Makkah Bersama Arwah Siti Sarah, Netizen Luah Rasa Rindu – ‘Pemergian Yang Dicemburui’
Perlu dihentikan
Pernah menjadi mangsa, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 39, berkata, pembuli siber hanya berani menyembunyi di sebalik media sosial dan sesuka hati menilai serta menjatuhkan hukum ke atas diri seseorang tanpa usul periksa.
Siber buli adalah perkara yang sangat serius, jika dulu kita lihat banyak berlaku di luar negara je. Tetapi sekarang terjadi dalam negara. Masalah buli siber di Malaysia saya lihat semakin berleluasa dan menjadi satu budaya.
Trend sekarang apabila ada sahaja cerita mengenai artis, netizen akan pergi Instagram artis dan komen ‘standby popcorn, like tanda hadir, dah mula ke belum’. Itu adalah satu budaya yang teruk. Saya juga salah satu mangsa.
Begitu juga yang terjadi ketika isu perniagaan saya lambat dua hari bayar gaji. Macam netizen tahu sangat apa yang saya lalui, macam mereka duduk dalam kasut saya. Kalau mereka di tempat saya pasti mereka tak akan berkata yang bukan-bukan.
Tidak adil untuk menilai orang lain tanpa kesahihan. Tolong berhenti budaya siber buli yang kebanyakkan orang Melayu. Mungkin ada orang yang boleh hadap, kalau tak boleh hadap boleh jadi teruk sehingga ada kes bunuh diri.
Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Dol’s Podcast yang berlangsung di The Curve, Damansara, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berkongsi mengenai pengalamannya, bapa kepada empat cahaya mata ini memberitahu pembuli siber perlu dihukum mengikut undang-undang dan diberi pengajaran agar mereka menyesali perbuatan tersebut.
Inilah permainan dalam media sosial, mereka hanya berani ketika menulis, nampak paling pandai, paling gah, paling tahu semua perkara, tetapi bila dah jumpa depan-depan tahu pula tunduk kepala ke bawah dan mohon maaf.
Keluar ayat ‘tolonglah, mak saya sakit, anak tak sihat’. Itu yang saya lalui ketika kes saya sebelum ini. Masa dekat mahkamah baru tahu erti penuh penyesalan. Masa buat itu rasa seronok dan hadap ‘likes’ dan ‘views’. Depan hakim dalam mahkamah mengaku bersalah.
Ini semua maruah dan air muka orang, selagi mana komen itu tidak di padam dalam media sosial sampai mati akan ada dekat situ.
Sementara itu, Shuib turut mendedahkan arwah isterinya, penyanyi Siti Sarah pernah menjadi mangsa buli siber sehingga menyebabkan tekanan dan stress.
Dulu saya ingat lagi, arwah Sarah sampai terkena anxiety dan stress disebabkan masalah siber buli. Kadang kala memang diri kita ada tersilap cakap dan kemudian sudah minta maaf, tetapi netizen seperti tiada ampun.
Kalau terkena pada batang hidung sendiri atau adik beradik mereka pula macam mana? Tolong berhenti kerana itu bukan budaya masyarakat kita. Kalau nak teruskan budaya itu, kesian dengan hidup awak.
Terdahulu, seorang pempengaruh di aplikasi TikTok didakwa membunuh diri kerana tertekan akibat buli siber.
Mayat pempengaruh wanita berumur 29 itu ditemui di rumahnya kira-kira jam 11 pagi, Jumaat lalu.