Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar tampil memberikan respon terhadap kenyataan isteri, Fara Salleh yang mendakwa dirinya memburukkan nama wanita itu ke teman-teman rapat.
Artikel Berkaitan: Fara Salleh Didakwa Menyesal Kahwin Dengan Shuk Sahar, Minta Diceraikan? – ‘Pujuk Dia Lepaskan Saya’
‘Tak pernah cerita buruk’
Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), pemilik nama Mohammad Shukri Mohammed Sahar menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa dia tidak pernah bercerita buruk tentang orang lain sepanjang hidupnya.
Bukan itu sahaja, Shuk juga meminta orang ramai untuk menilai dan berfikir dengan menggunakan akal fikiran.
Seumur hidup, aku tak pernah bercerita buruk tentang orang dan harap orang boleh guna akal dan fikiran untuk menilai.
Terdahulu, Fara mencuri tumpuan apabila memuat naik beberapa hantaran seolah-olah memberi bayangan mengenai rumah tangganya yang didakwa sedang bergolak menerusi aplikasi Threads.
Bukan itu sahaja, Fara juga dilihat meminta Shuk untuk menceraikannya kerana sudah tidak tahan dengan perangai buruk pelawak berusia 38 tahun itu.
Sumber: Instagram Shuk Sahar