berita

Shuk Sahar & Rossa Terima Keputusan Mahkamah Selepas Balik Umrah

January 11th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera yang sedang menunaikan umrah bersama suaminya mengganggap ibadah ini sebagai satu permulaan yang baik untuk kemelut rumah tangga mereka.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diberi Peluang Jadi Tetamu Allah Buat Kali Kedua, Shuk Sahar Teruja Tunai Umrah Bersama Rossa Sera

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sedondon Pakai Hitam Sambut Hari Jadi Anak, Netizen Tak Putus Doa Kebahagiaan Shuk Sahar & Rossa Sera

Ajak tunai umrah

Menerusi Laporan Berita Harian, Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menjelaskan, Shuk sendiri yang mengajaknya ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Untuk umrah ini, Shuklah yang mengajak. Ini umpama satu titik permulaan baharu buat kehidupan kami. Hanya bersama Shuk dan ada beberapa rakan perniagaan lain. Ia boleh dikira sebagai lawatan umrah bersama rakan perniagaannya.

Dalam pada itu, Sera turut memohon orang ramai agar mendoakan kebahagiaannya selepas keputusan mahkamah diketahui, sama ada mereka akan terus bersama atau sebaliknya.

Keputusan mahkamah akan diketahui selepas kami pulang daripada mengerjakan umrah. Sama ada positif atau negatif, apa yang sudah berlaku, biarlah berlaku.

Saya mahu melihat ke hadapan bersama anak-anak. Shuk juga mahu fokus pada perniagaannya. Jadi, saya dan Shuk ingin berubah menjadi lebih baik dan bertanggungjawab kepada anak-anak.

Sebagai ibu, saya mahu fokus kepada anak-anak dan kerjaya, begitu juga Shuk. Jadi, sekiranya apa sahaja yang berlaku saya mohon doakan kebahagiaan kami walaupun bersama atau tidak.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan. Walau bagaimanapun, Sera telah memfailkan perceraian selepas Shuk didakwa curang pada November lalu.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×