![[VIDEO] Nubhan Mohon Berhenti Kecam Dr Afifah, Letakkan Kesalahan Pada Diri Sendiri – ‘Saya Hormat Dia Sebagai Ibu Kepada Anak-Anak Saya’](https://asset.ohbulan.com/2025/11/nubhan-8.jpg)
Penyanyi dan usahawan Nubhan memilih untuk tidak lagi mengulas lanjut hal rumah tangga bersama isterinya, Dr Afifah Hidayah secara umum.
Artikel Berkaitan: Isteri Nubhan Tegur Orang Ketiga ‘Pinned’ Gambar Anak-Anak – ‘Tak Perlu Berebut, Saya Bukan Ibu Tumpang’
Artikel Berkaitan: Ibu Mentua Nubhan Didakwa Mahu RM5 Juta Jika Nak Bercerai, Tuntut Harta 50 Peratus
Berhenti cakap tentang hal rumah tangga
Ketika ditemui OhBulan!, Nubhan atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, berkata, tiada kebaikan jika hal rumah tangganya terus menjadi bualan.
Saya rasa saya tak nak lagi bercakap mengenai perkara ini dan rasa yang hal ini patut dihentikan sebab ia tak akan membawa kepada kebaikan. Cukuplah sampai di sini sahaja.
Ketika ini, saya nak berikan fokus terhadap anak-anak dan penyertaan saya di Gegar Vaganza.
Berilah saya ruang dan peluang untuk meneruskan segala tanggungjawab saya.
Nubhan berkata demikian ketika ditemui pada malam minggu kedua program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Letakkan salah pada diri sendiri

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ berharap agar segala spekulasi hal rumah tanggnya dapat dihentikan.
Tambahnya, dia meletakkan segala kesalahan atas diri sendiri tanpa menunding jari pada mana-mana pihak.
Saya rasa sekarang ini makin rancak dan banyak spekulasi yang keluar dan bertebaran.
Ada yang mengutuk dan bercakap yang bukan-bukan. Saya hormat dia sebagai ibu kepada anak-anak saya.
Jadi, saya minta kalian untuk hentikan segala kecaman dan kata-kata yang tidak baik terhadap isteri saya sebab dia masih lagi ibu kepada anak-anak saya.
Untuk info, media sebelum ini melaporkan Nubhan telah memfailkan hadanah penuh serta interim terhadap anak-anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.
Terdahulu, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula, bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada Mahkamah Syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.








