Baru-baru ini, pelakon Shukri Yahaya telah mencuri perhatian warganet apabila videonya mengaji di TikTok menjadi tular.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Parodi Drama Lakonan Shukri Yahaya, Lelaki Ini Raih Pujian Netizen – ‘Ekspresi Muka Tu Memang Sama’
Lancar dan tenang
@qawiyaro Terjah ngaji @Shukri Yahaya !? MasyaAllah sedapppp! #quranchallenge #terjahngaji #mantuy
Menerusi hantaran di TikTok, seorang pempengaruh yang terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran, Qawiyaro menerjah Shukri untuk menyambung bacaan surah Al-Fil.
Walaupun sibuk dengan penggambaran, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya tetap menyambung bacaan tersebut dengan tenang.
Apa yang menarik perhatian warganet adalah bacaan Shukri yang dikatakan lancar dan merdu.
Berdasarkan pemerhatian OhBulan!, rata-rata warganet memujii bacaan Shukri, malah ada juga yang suka untuk mendengarnya lagi.
Bukan itu saja, di ruangan komen, Shukri juga telah meraih pelbagai respons warganet.
Sumber: TikTok