berita

[VIDEO] Shukri Yahaya Minta Maaf Lakon Babak Ada Unsur ‘Softpor*’ – ‘Saya Sangat Teruja Tanpa Fikir Sensitiviti’

January 22nd, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

syukri yahaya

Pelakon Shukri Yahaya mengakui kekhilafan dirinya yang didakwa melakukan adegan berunsur ‘soft porn’ menerusi drama terbaharu berjudul ‘Layang-Layang Perkahwinan.’

Artikel Berkaitan: Netizen Kecam Shukri Yahaya & Alya Iman, Adegan Mandi Didakwa Ada Unsur ‘Soft P*rn’ – ‘Jijik! Sampai Bila Drama Malaysia Kena Macam Ni?’

Akui Kekhilafan

syukri yahaya111

Ketika ditemui OhBulan!, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya membuat permohonan maaf dan memaklumkan dirinya tidak akan mengulangi kesilapan sama.

Saya minta maaf sebab apa yang terjadi itu datangnya dari kesilapan saya sendiri.

Babak itu sebenarnya berlangsung pada hari pertama saya mulakan penggambaran dan saya sangat teruja untuk buat babak itu tanpa memikirkan sensitiviti rakyat.

Ia takkan berulang kembali.

Shukri berkata demikian ketika sidang media drama ‘Layang-Layang Perkahwinan’ yang diadakan di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, pada Isnin.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu menjelaskan bahawa dirinya merupakan seorang pelakon yang tidak suka membaca skrip terlebih dahulu dan hanya melakukan interpretasi sewaktu hari penggambaran.

Saya terus terang bahawa saya tak suka baca skrip, dan sejenis yang bila berada di set penggambaran baru buat interpretasi berdasarkan skrip.

Pada awalnya, saya bayangkan babak itu sedikit. Lagipun itu hari pertama shooting dan saya terlampau bersungguh-sungguh untuk jayakan watak.

Ketika ditanya mengenai dakwaan dibenci netizen kerana melakonkan babak tersebut, pelakon drama ‘7 Hari Mencintaiku’ itu memaklumkan dia mencuba untuk membawa kelainan dalam karier lakonannya.

Saya nak cuba nampak lain sebab sebelum ini saya selalu bawa watak lelaki bodoh-bodoh.

Jadi, saya nak buktikan pada semua orang saya boleh bawa watak ini tetapi percubaan saya itu tidak diterima orang ramai kerana ia agak sensitif.

Sekali lagi saya minta maaf.

Terdahulu, tularnya rakan video memaparkan adegan Shukri yang sedang mandi sebelum didatangi Alya Iman yang masuk ke dalam bilik air.

Shukri yang tidak mengenakan baju kemudiannya bertindak menarik tangan Alya dan aktres tersebut memberikan senyuman.

Potongan video tersebut telah meraih perhatian ramai yang dilihat mengecam adegan dalam telefilem tersebut.

Video

@ohbulanofficial Pelakon Shukri Yahaya mengakui kekhilafan dirinya. #ohbulan #sembangentertainment #shukriyahaya ? original sound – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×