Kebiasaannya, kita akan dengar seorang suami itu mempunyai lebih dari seorang isteri namun, berbeza pula dengan situasi kali ini apabila seorang wanita dilaporkan mengahwini dua orang lelaki secara serentak. Biar betul?
Itulah kisah pelik tetapi benar apabila didedahkan oleh peguam syarie yang bernama Shazril Khairy Mustafa.
Artikel Berkaitan: Wanita Bersuami Dua Tinggal Serumah, Siap Buat ‘Jadual’ Setiap Kali Nak Berhubungan Intim
Bergilir-gilir layan suami
@lawyershazril ISTERI DUA SUAMI KISAH BENAR #nikah #curang #skandal ? bunyi asal – merpati putih ??
Menerusi perkongsiannya di TikTok, Shazril mendedahkan kes tersebut merupakan kisah benar yang dikendalikannya sendiri.
Isteri dua suami, kisah benar kes kendalian saya sendiri.
Suami pertama kahwin di Siam (Thailand) tanpa diketahui keluarga manakala suami kedua berkahwin di Malaysia (dengan) restu ibu bapa.
Shazril berkata, wanita tersebut akan melayan dan menjadi isteri kepada dua lelaki berkenaan secara bergilir-gilir.
Siang isteri ke rumah suami pertama dengan alasan keluar kerja kepada bapanya.
Bila malam balik ke rumah suami kedua yang tinggal sekali dengan bapanya.
Isteri enggan berpisah dengan kedua-duanya sebab sayang. Haram memang menyeronokkan.
‘Kes sudah selesai’
Dalam pada itu, ketika ditanya wargamaya mengenai urusan kes ini, Shazril mendedahkan kes tersebut sudah pun selesai.
Atas pemilihan bapa, difahamkan wanita tersebut memilih untuk mengekalkan perkahwinan dengan suami kedua dan bercerai dengan suami pertamanya.
Sumber: TikTok