berita

Siap Ada Muzik Video, Lagu 4 Dara Versi 2020 Nyanyian Elly Mazlein, Faizal Tahir & Zizi Kirana Trending!

November 12th, 2020 | by Amat
Video Popular

Jika sebelum ini, pelakon Elly Mazlein pernah viralkan korus lagu Empat Dara nyanyian asal Noraniza Idris menerusi lakonannya dalam drama bersiri Kampung People 2. Lagu Empat Dara bagaimanapun terus menjadi trend sosial media apabila Elly Mazlein memparodikan lagu tersebut dengan gaya watak Mona.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pecah Perut Tengok Mona Nyanyi Lagu ‘4 Dara’, Ramai Pula Sahut Cabaran!

Terbaru, Faizal Tahir bersama Mike Chan telah melancarkan lagu 4 Dara 2020 dengan gabungan penyanyi Elly Mazlein, Faizal Tahir dan Zizi Kirana. Lagu yang diberi nafas baharu itu terus meraih 195ribu hanya dalam masa 7 jam sahaja. Memang padu!

Vokal Kak Lina memang best!

Muzik video lagu ini hanya menggunakan green screen sahaja yang berlatarbelakangkan air terjun, sungai dan kawasan kampung. Dengan menggunakan pendekatan setting berada di kampung sudah tentu mengetengahkan budaya Melayu.

Lagu yang diinspirasikan daripada parodi nyanyian Elly Mazlein itu bagaimanapun telah mendapat sambutan ramai pendengar. Rata-rata antara mereka kagum dengan kebolehan dan vokal nyanyian Elly Mazlein selain peminat mengenalinya sebagai pelawak atau pelakon.

4 Dara 2020

Lebih menarik lagi, muzik video ini dibikin hanya menggunakan green screen sahaja tanpa menjalankan penggambaran di kawasan terbuka. Lagu ini juga dilihat telah diringankan dengan mengetengahkan elemen-elemen komedi dalam penyuntingan dan persembahan dari Faizal Tahir, Elly Mazlein dan Zizi Kirana. Memang best!

Sumber: YouTube Faizal Tahir

SKIP THIS AD ×