berita

Siap Jungkook Teman Study, Idea Kreatif Sunway University Kekalkan Jarak Sosial Dipuji

July 2nd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sempena pembukaan semula institusi pengajian tinggi seperti mana akan diputuskan oleh kerajaan kelak, beberapa universiti sudah membuat persediaan untuk ‘terima’ semula kemasukan pelajar mereka.

Sunway University mempunyai cara tersendiri bagi meraikan kemasukan semula pelajar tidak lama lagi. ‘Kehadiran’ beberapa personaliti popular tempatan dan antarabangsa di sekitar pusat pengajian itu menerima pelbagai reaksi dari orang ramai. Lionel Messi pun ada tau!

Bagi menjaga jarak sosial

Antara ‘selebriti’ yang akan menemani pelajar-pelajar termasuk Jungkook, Yuna, Mr Bean, Dato Sri Siti Nurhaliza, Lee Chong Wei, Jack Ma dan ramai lagi.

Semua selebriti itu diletakkan di beberapa kawasan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, perpustakaan dan ruang makan.

Boleh bergambar bersama ‘selebriti’

Memetik laporan Malay Mail, tujuan kehadiran ramai ‘selebriti’ ini adalah memperingati para pelajar dan staf untuk sentiasa menjaga jarak sosial sepanjang berada di institusi. Pelajar juga tidak berasa kesunyian lagi kerana sentiasa ditemani oleh selebriti kegemaran masing-masing. Pelajar juga berpeluang untuk berfoto bersama selebriti mereka.

Other than serving as a reminder to our students to practise social distancing, they are also meant to provide a bit of fun as students can take photos with these ‘celebrities’.

Setiap kerusi dan meja di institusi tersebut juga ditandakan dengan ‘X’ seperti mana telah dipraktiskan di tempat awam.

Sumber: Sunway University, Malay Mail

SKIP THIS AD ×