berita

Siap Nak Tengok Penyata Gaji Kerja Lama, Interview Paling Pelik Dihadiri Lelaki Ini

January 14th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Menghadiri temu duga merupakan satu sesi yang sangat mendebarkan dan pastinya akan memberi tekanan kepada sesiapa sahaja. Ketika berlangsungnya sesi tersebut, pelbagai soalan yang tidak dijangka akan diajukan oleh penemuduga bagi menguji tahap kebijaksanaan serta pengetahuan seseorang dalam sesuatu perkara.

Menerusi perkongsian pengguna Twitter bernama Syafeeq, dia menceritakan semula kisah dirinya ditemuduga oleh seorang majikan baru-baru ini yang membuatkan dirinya ‘terkedu’.

Temu duga di Lembah Klang

Dalam perkongsian yang dibuat olehnya itu, individu ini berkata dia telah pergi ke satu temu duga di Lembah Klang sebelum ini dan ditanyakan beberapa soalan.

Memulakan sesi itu, dia berkata majikan tersebut bertanyakan kepada dirinya tentang sebab dia berhenti daripada pekerjaannya yang lalu.

Sebagai menjawab soalan itu, dia menjelaskan kepada majikan tersebut bahawa status pekerjaan yang ditetapkan sebagai ‘kontrak’ telah menyebabkan dirinya bertindak untuk mencari peluang pekerjaan yang lain.

Zaman I dulu…

Mendengar jawapan itu, dia berkata majikan tersebut kemudiannya bertindak membandingkan keadaannya yang dahulu sambil menyatakan bahawa tidak wujud status kontrak mahupun tetap dalam sesuatu pekerjaan.

Malah tidak terhenti di situ sahaja, katanya majikan tersebut juga turut menegaskan bahawa sesebuah syarikat itu akan menyimpan pekerja yang dirasakan mereka layak dan berbakat.

Ambil orang yang betul-betul nak kerja

Ceritanya lagi, majikan tersebut kemudian turut menyatakan bahawa mereka mahu mengambil seseorang yang mempunyai keinginan bekerja yang tinggi dan mampu bekerja untuk tempoh yang lama di syarikat itu.

Sambil menyatakan bahawa dirinya sememangnya berkeinginan untuk bekerja buat satu jangka masa yang lama di syarikat tersebut, majikan itu seterusnya membangkitkan persoalan mengenai gaji yang diminta olehnya.

Minta slip gaji

Apa yang mengejutkan katanya, majikan itu malah meminta dirinya untuk menunjukkan slip gaji dari pekerjaannya yang terdahulu.

Malah tidak cukup dengan itu, dia juga berkata majikan tersebut dengan ‘selamba’ menyatakan bahawa mereka mampu memberikan RM10 ribu kepada dirinya sebagai gaji bulanan.

Agak kasar

Menerusi ruangan komen di posting tersebut, individu ini berkata ia merupakan kali pertama dirinya berhadapan dengan situasi yang memerlukan dirinya untuk memberikan slip gaji terdahulu kepada majikan ketika temu duga.

Sumber: Twitter Syafeeq

The following two tabs change content below.