berita

Siap Tukar Gambar Profil Whatsapp & Ugut Minta No Tac, Ini Taktik Baru Scammer Curi Duit

September 30th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kegiatan scam di negara ini dilihat semakin menjadi-jadi. Hampir setiap hari, ada sahaja kes melibatkan scammer yang menggunakan panggilan palsu dengan taktik kononnya tersalah bank in duit ke dalam akaun bagi memperdaya mangsa. Tambah licik, scammer juga kini meneruskan transaksi mengeluarkan duit mangsa mereka meskipun tanpa no pin tac atau turut dikenali sebagai otp (one time password).

Jom baca perkongsian pengguna Facebook Jonathan Sidi yang telah diperdaya scammer baru-baru ini sehingga kerugian ribuan ringgit menggunakan taktik tersebut.

Bagaimana scammer boleh keluarkan duit tanpa OTP?

Saya terima beberapa panggilan dari 017 813 5084 tetapi panggilan tidak dijawab. 017 813 5084 (scammer) hantar WhatsApp, saya buka. Ada beberapa screenshot atau gambar SMS OTP yang telah dibuat.

Scammer meminta nombor OTP tersebut kerana isteri tersalah hantar tetapi saya tidak beri OTP. Scammer hantar gambar kad pengenalan beliau dan video yang menunjukkan nombor akaun beliau untuk meyakinkan saya.

Dalam masa yang sama beberapa SMS dari 63633 masuk ke handphone saya sewaktu kami masih berbalas WhatsApp. SMS tersebut adalah beberapa OTP untuk kebenaran pengeluaran dan pengesahan device. Saya sudah agak dia adalah scammer. Tiada OTP diberikan.

Tersedar dah engage dengan scammer

Scammer hantar lagi beberapa gambar SMS OTP ke WhatsApp saya . Saya tidak memberi OTP. Saya terima SMS dari 63633 yang menyatakan pengeluaran duit telah berjaya dibuat ke salah satu akaun favourite list saya. Waktu tersebut saya baru tersedar telah enggage dengan scammer di WhatsApp selama hampir satu jam.

Saya hubungi Customer Service hotline. Sah pengeluaran tersebut telah berjaya dipindahkan ke salah satu favourite list saya. Baki akaun yang tinggal hanya RM 41.35. Scammer telah berjaya mengeluarkan beberapa ribu ringgit, tinggal RM 41.35 sahaja. Tindakan Customer Service adalah block kad dan online banking termasuk mobile application. Suruh buat laporan polis.

Saya block nombor 017 813 5084 dari WhatsApp (selepas menghubungi Customer Service). Malangnya perbualan kami di WhatsApp juga terpadam. Antara maklumat yang terpadam ialah video paparan akaun scammer dan gambar kad pengenalan scammer tadi.

Buat laporan polis

Pergi ke balai polis Samarahan dan laporan dibuat. Mereka suruh rujuk di balai polis Sg Maong kerana ia lebih kepada commercial crime. Pihak polis cadangkan saya hubungi pihak penerima dalam favourite list tersebut.

Saya call. Pihak favourite list saya ada menerima panggilan dan WhatsApp dari seseorang bahawa isteri dia tersalah pindah duit. Nombor yang digunakan 017 866 0079. Gambar profile adalah sama dengan gambar profile WhatsApp saya.

017 866 0079 hantar gambar bukti transaksi yang telah berjaya. Favourite list semak akaun dan sah duit telah berjaya masuk. 017 866 0079 minta dipulangkan kembali duit tersebut kerana salah tranfer. Scammer beri no akaun yang lain. Jika favourite list ingkar, scammer ugut laporan polis akan dibuat. Favourite list pindah duit ke akuan tersebut sebab takut.

Jangan online atau engage dengan scammer!

Pegawai polis di Sg Maong memaklumkan, menurut laporan polis setakat ini (awal September 2019) lima laporan telah dibuat di seluruh negara berkenaan no 017 813 5084. Modus operandi ialah meminta OTP kerana untuk kemaskini device atau salah transfer.

Pindah duit ke akuan favourite list mangsa dan ugut atau suruh favourite list pindah ke akaun lain. Akaun lain besar kemungkinan adalah akaun keldai atau transit. Jumlah keseluruhan sekarang lebih RM 63 ribu.

Pengajaran, jangan online atau engage dengan scammer. Mereka mungkin boleh duplicate WhatsApp kita. Mungkin juga boleh clone handphone kita. Segala yang berlaku pada masa tersebut akan dipaparkan kepada mereka secara langsung. Transaksi jahat mereka berlaku semasa kita masih online dan engage dengan mereka. Off WiFi, disconnect mobile data jika pemanggil disyaki adalah scammer.

Sumber: Facebook Jonathan Sidi

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×