berita

Siapa Bob? – Rozita Che Wan Nafi Kahwin November 2012

September 10th, 2012 | by M
Kini Trending

Selingan gosip paparan sebuah akhbar tabloid mengenai Rozita Che Wan yang akan berkahwin bersama seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Bob pada November ini akhirnya ditepis dengan soalan  – Siapa Bob?

Menurut Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Cik Ta, 39, beliau sebenarnya agak terkejut apabila dikaitkan dengan individu yang tak pernah dikenalinya, apatah lagi bertemu.

“I terkejut sangat sebab tak pernah kenal atau jumpa pun lelaki nama Bob ni. Cuba bayangkan, kalau lah I betul-betul ada dalam hubungan, keluar pula cerita macam ni, tak ke boleh buat bergaduh?” seloroh pelakon ini yang ditemui di majlis ulang tahun Red Communications, Jumaat lepas.

Mengenai perkahwinan pula, Rozita memaklumkan bahawa anak-anaknya tak kisah sekiranya beliau bertemu jodoh dengan orang lain.

“Anak-anak memang tak kisah, janji lelaki tu okay. Tapi, pada saya lebih baik lah lelaki itu bujang,” katanya lagi.

Tambah beliau lagi sambil ketawa, “Yang pasti, cerita kahwin itu memang tak betul.”

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×