berita

Siapa Cepat Banyak Dapat. 100x Lebih Berbaloi Dengan Grab e-Tunai Rakyat!

January 14th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Apa dapat duit free?! Siapa tak nak?

Korang rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan RM100,000 ke bawah setahun? Haa.. Kalau macam tu, korang layak menuntut insentif e-Tunai Rakyat bernilai RM 30 secara eWallet daripada Kerajaan Malaysia.

Kalau korang korang nak tau, GrabPay telah menjadi salah satu rakan kongsi untuk inisiatif ni tau dan kami nak share kenapa korang kena pilih GrabPay untuk tuntut RM30 eWallet korang!

1. Boleh tuntut sehingga RM 3000 daripada GrabPay? 100x lagi berbaloi! Serius la??!!

Yup serius.. Bagi 10,000 orang yang pertama mendaftar untuk claim e-Tunai Rakyat daripada GrabPay, korang layak untuk dapat baucer dan promosi GrabPay eksklusif untuk perkhidmatan Grab Rides, GrabFood dan daripada rakan niaga GrabPay seperti Hotlink, Photobook, JomParking, Secret Recipe, The Coffee Bean & Tea Leaf, Baskin Robbins, Sushi King, Mydin dan banyak lagi bernilai sehingga RM3,000*!

Macam mana kalau korang terlambat? Jangan risau, sebab masih ada lagi tawaran menarik untuk korang, masing-masing bernilai RM 2,850* dan RM 2,760*, tapi korang kena cepatlah, kalau lambat melepas pula tawaran yang best. Siapa Cepat, Banyak Dapat!

 *Semua promosi eksklusif GrabPay boleh diguna bermula 15 Januari hingga 14 Mac 2020, termasuk Grab Huatever, GrabPay Price, GrabFood Signatures, dan banyak lagi.

2. Rebut sehingga 3x mata ganjaran dengan GrabRewards!

Bagi menunjukkan sokongan terhadap pemberian insentif e-Tunai Rakyat ni, Grab akan melanjutkan tempoh bagi GrabPay Year End Bonus Points sehingga 15 Mac 2020. Korang boleh dapat 3x mata ganjaran GrabRewards untuk setiap transaksi semasa menggunakan perkhidmatan Grab, tapi syarat dia korang mestilah buat pembayaran menggunakan GrabPay Wallet

GrabRewards ni korang boleh tebus untuk menikmati diskaun bagi perkhidmatan yang disediakan atau tawaran eksklusif Grab. Memang rugi habislah kalau korang takde aplikasi ni!

Lagi best mestilah terdapat banyak promosi eksklusif bila korang menggunakan GrabPay ni, korang juga boleh menikmati lebih nilai apabila membuat pembayaran dengan menggunakan GrabPay Price di rangkaian kedai yang terpilih.

3. Satu aplikasi untuk pelbagai perkhidmatan

Hanya dengan satu aplikasi korang boleh dapatkan pelbagai perkhidmatan seperti memesan makanan (GrabFood), pengangkutan (Grab Car), membersihkan rumah malah nak tempah hotel pon boleh.

4. GrabPay perkhidmatan e-Wallet terbaik di Malaysia!

Korang tau tak pada tahun 2019, GrabPay telah dianugerahkan sebagai penyedia perkhidmatan e-Wallet terbaik di Malaysia oleh Rangkaian Pembayaran Malaysia (PayNet) dan merupakan institut perkhidmatan bukan kewangan yang pertama memenangi anugerah ni.

Semua ni menunjukkan betapa besarnya peranan GrabPay dalam menyediakan ekosistem yang bermanfaat untuk peniaga dan pengguna, dengan membekalkan perkhidmatan seharian seperti pembayaran bil, baragan runcit, tambah nilai prabayar, penghantaran dan banyak lagi.

Siapa Cepat, Banyak Dapat! Jom claim Grab e-Tunai Rakyat korang.

Macam mana nak tebus Grab e-Tunai Rakyat?

Bukan pengguna baru je yang boleh claim Grab e-Tunai Rakyat ni. Pengguna sedia ada pon boleh claim juga tau. Korang boleh start membuat penebusan Grab e-Tunai Rakyat ni bermula 15 Januari 2020 sehingga 8 Mac 2020.

Jap ada lagi, memandangkan Tahun Baru Cina dah nak dekat, Grab ada promosi Huatever yang menawarkan korang promosi menarik seperti yee sang, perkhidmatan mengemas, hamper dan banyak lagi! Bagi korang yang suka guna perkhidmatan GrabFood, korang boleh menikmati diskaun 28% kalau korang order makanan di The Alley, Baskin Robbins atau Nandos.

Tunggu apa lagi? Jom download aplikasi Grab di Google Play dan App Store  untuk tebus e-Tunai Rakyat dan banyak lagi tawaran menarik bakal menanti. Sebarang maklumat lanjut korang boleh terus ke laman web Grab.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×