berita

Siapa Kata Lelaki Pengotor? Lihat Foto Bagaimana Pelajar Ini Dekorasi Bilik DIY

December 12th, 2018 | by Amat
Make-It-Senang

Umum menganggap bilik pelajar lelaki di kolej pastinya kotor, bersepah dan tidak teratur. Namun, anggapan itu ternyata sudah tidak relevan pada zaman ini. Siapa cakap lelaki tak tahu menjaga kebersihan bilik?

Seorang pelajar kolej, Zushyan Magen kongsi beberapa foto dekorasi bilik asramanya yang dilihat sangat cantik seperti di rumah. Kebersihan bilik ini juga membantu dirinya mendapatkan mood untuk menyiapkan assignment. Respectlah!

Tak semua lelaki pengotor

Penuntut tahun akhir jurusan Kejuruteraan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini memerlukan suasana dan keadaan bilik yang selesa bagi membantunya mendapatkan mood untuk menyiapkan assignment. Zushyan Magen menjadi salah seorang pelajar lelaki yang mematahkan anggapan stereotaip terhadap lelaki pengotor.

Tak semua lelaki pengotor, dengan dekorasi macam ni, hilang segala kepenatan bila pulang ke bilik. Nak belajar pun lebih bersemangat. Kadang-kadang kalau ada perbincangan dengan kumpulan pun saya buat kat bilik.

Mereka cakap macam kat rumah

Dia telah membuat tranformasi bilik tersebut pada awal November lalu. Dia turut menambah beberapa aksesori, seperti lampu, langsir, karpet dan kertas hiasan dinding dengan anggaran kos sekitar RM600.

Saya ubah secara berperingkat, tapi kebanyakannya saya beli dari IKEA atau Kaison. Konsepnya pula lebih kepada tropika, bila tengok tenang je.

Saya pun tak risau kena tukar bilik sebab sekarang tahun akhir pengajian. Nanti dah habis semester, saya bawa balik semua, tinggalkan kertas hiasan dinding sahaja.

Kalau sebelum ni susah sikit nak hias, sebab ada rakan sebilik, tapi semester ni saya tinggal seorang je dalam bilik ni. Masa buat transformasi hari tu, seorang sahaja kawan saya yang tahu. Bila dah siap, yang lain pun agak terkejut. Mereka cakap macam kat rumah.

Keadaan bilik sebelum tranformasi

Siap tranformasi

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×