berita

‘Siapa Kenal Pakcik Ni, Please DM’ – Anzalna Nasir Mahu Bantu Keluarga Nur Surya

November 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berita mengenai kes pembunuhan seorang gadis yang dikenali dengan nama Nur Surya Ismail, telah mencuri tumpuan masyarakat Malaysia sejak dua hari lalu. Lebih mengejutkan, pembunuhan kejam itu dipercayai dilakukan sendiri oleh kawan baik Allahyarham.

Artikel berkaitan: Tak Mampu Buat Apa-Apa, Ibu Hidap Kanser Otak Saksi Anak Perempuan Dibunuh Penyamun

Terbaru, pelakon, Anzalna Nasir mengakui bahawa dirinya turut terkesan dengan berita pembunuhan tersebut. Susulan daripada itu, Anzalna ingin berkongsi rezeki dan membantu keluarga mangsa.

Dapat rasa apa yang dia rasa

Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi atau berurusan. Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Menerusi laporan Media Hiburan, Anzalna menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengikutnya yang turut sama-sama membantu bagi mengesan keluarga arwah. Ujarnya lagi, dia masih belum mendapatkan nombor yang betul-betul sahih untuk berurusan.

Disoal pula mengenai apa yang membuatkan dirinya terpanggil untuk tampil menghulurkan sumbangan, Anzalna mengakui niatnya hanyalah untuk meringankan beban keluarga tersebut khususnya buat ibu arwah yang menderita akibat kanser otak.

Suami turut terbuka dengan niat ini

Saya difahamkan ibunya, Zaini Musa turut menghidap kanser dan jujurnya, apabila terbaca mengenai insiden yang berlaku, saya rasa sayu. Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian yang sangat berat bagi keluarga arwah. Jadi saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini.

Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman keluarga mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya, terutama ibu Allahyarham.

Sebelum ini, Anzalna turut dikenali sebagai salah seorang artis yang sering melakukan kerja amal. Dia juga pernah membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit kanser sejak tahun 2014 lagi.

Sumber: Media Hiburan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×