Pada 17 Januari lalu, aktor kacak Aiman Hakim Ridza telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Artikel Berkaitan: Aiman Hakim Ridza Tampan Sebagai ‘Cover’ Majalah Lelaki Terkemuka – ‘Suami Pelakon Wanita Jelita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Samakan Wajah Zahirah Macwilson Macam Amah, Fathia Latiff Tak Takut Disaman – ‘Bibik Dekat Hotel Lagi Lawa’
Ringkas tapi manis
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Aiman berkata isterinya yang juga seorang aktres itu menjadi hadiah paling bermakna dia memiliki.
Dalam masa yang sama, dia juga mengagumi Zahirah sebagai ibu kepada anak lelaki mereka.
Dan masih menjadi hadiah hari jadi yang terbaik. Terima kasih kerana menjadi seorang wanita hebat dan ibu kepada Issac. ‘Thats all I need’.
Zahirah kemudian dilihat turut membalas pada hantaran tersebut.
You’re all I need! Love you sayang!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Aiman menghargai isterinya walaupun hanya dengan ayat ringkas namun ternyata cukup membuktikan rasa cinta terhadap keluarga kecilnya.
Sementara itu, warganet juga mendoakan kesejahteraan pasangan selebriti tersebut meskipun nama mereka terpalit kontroversi sejak kebelakangan ini.
Bila berada pada perempuan yang tepat, so sweet sangat. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
Kapsyen dia kan, short but solid! Semoga Allah sentiasa melindungi keluarga ini.
Alhamdulillah…semoga keluarga Aiman sentiasa berada dalam lindungan dan peliharaan Allah jua.
Untuk info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka kemudian dikurniakan anak lelaki bernama Issac Raees yang berusia tiga tahun dan kini Zahirah sedang hamil anak kedua.
Sumber: IG Aiman Hakim