Sekadar gambar hiasan
Bagaikan mimpi ngeri buat 15 pelancong Malaysia selepas mereka dipercayai terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila berikutan tidak dibenarkan masuk ke Filipina oleh pihak imigresen disebabkan menerima vaksin di Malaysia.
Terkandas di lapangan terbang
Foto: The Star
Memetik laporan The Star, salah seorang penumpang mendakwa pihak imigresen negara berkenaan tidak menerima sijil vaksin digital menerusi aplikasi MySejahtera sebagai bukti vaksinasi. Susulan daripada itu, pihak berkuasa Filipina tidak membenarkan kemasukan mereka selepas tiba menerusi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad jam 8.30 pagi.
Bagaimanapun, penumpang yang berada dalam penerbangan dari KLIA tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom dibenarkan akses ke negara itu.
Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai.
Bukan itu sahaja, pasport mereka dipercayai turut dirampas bagaimanapun ianya akan dipulangkan pada esok (15/2/2022).
Perlu divaksin di negara lain
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, salah seorang penumpang diberitahu oleh pihak pihak imigresen Filipina mereka perlu divaksin di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Difahamkan 13 daripada kumpulan pelancong tersebut merupakan warga Malaysia dan dua lagi warganegara asing yang tiba di Filipina atas urusan perniagaan, peribadi dan kemanusiaan.
Bagaimanapun Duta Besar Malaysia ke Filipina sudah pun berjumpa dengan mereka dan bantuan akan diberikan.
Sumber: The Star