Siapa dekat sini dah habis fasa frust sebab putus cinta? Kalau ya, bagi sis Katy korang sangat hebat dan kuat! Putus cinta ni satu tragedi yang menyakitkan dan juga mengajar kita erti kehidupan. Setuju tak girls?
Sebelum korang move on tu, sis yakin yang semua orang akan melalui fasa baru lepas break up kan? Sis Katy nak share dengan you all 7 perkara orang baru putus cinta akan buat bila baru je putus cinta.
1. Masih simpan gambar ex dekat archive
Sejak IG ada archive, korang mesti takkan delete lagi gambar dengan ex. Yang pasti korang akan archive semua gambar korang dengan dia.
Sis Katy faham, korang belum bersedia nak delete gambar tu. Tapi, percayalah satu hari nanti bila dah cukup kekuatan korang mesti delete juga gambar tu. Semua orang pasti akan move on kan satu hari nanti!
2. Desperately cari cara untuk contact ex
Tipulah kalau cakap takda rasa nak bercakap dengan dia selepas break up tu. Semua orang pasti akan rasa sunyi, sebab selama ni kita dah terbiasa dengan si dia.
Bila dah putus cinta, time tu lah korang akan rasa macam takda tempat nak mengadu kan? Sebenarnya korang salah! Ramai je kawan sekeliling yang ada bersama korang. So, bila rasa nak contact ex tu, cepat-cepatlah cari kawan korang tau!
3. Tiba-tiba je menangis
Haa.. Ni akan terjadi kalau kita dah lama sangat bercinta dengan si dia. Bila dah 5 atau 7 tahun bercinta banyak kenangan yang korang kumpul sampai boleh buat satu novel lah!
Disebabkan banyak sangat kenangan, minum air kosong pun terasa nak nangis kan? Lepas dah nangis, mulalah susah nak berhenti. Ah! Lepas ni kalau korang rasa nak nangis keluarlah pergi boba hunting atau buat apa-apa yang boleh buat korang leka.
4. Cop diri sendiri ‘forever alone‘
Hanya disebabkan tak dapat cari pengganti lepas putus cinta, korang cop diri sendiri sebagai orang yang forever alone. Please ya girls!
Know you worth! Lagi satu, korang kena jadikan ‘sabar itu indah‘ sebagai moto hidup korang lepas putus cinta. Nak tahu tak sebab apa? Sebab satu hari nanti akan jumpa orang yang jauh lebih baik daripada ex korang. Jadi kena sentiasa bersabar okay?
5. Masih simpan barang pemberian si dia
Sebenarnya korang bukan nak pun simpan barang pemberian si dia kan? Tapi, sebab korang tak tahu nak buat apa dengan barang tu semua.
Nak buang rasa macam bazir. Nak simpan rasa menyakitkan hati kan? Mungkin kita boleh pulangkan balik pada si dia atau beri pada yang lebih memerlukan. Janganlah buang. Tak baik tau!
6. Secretly mengharapkan korang together balik
Jangan tipu diri sendiri! Paling tak pun mesti ada 1% korang mengharapkan yang si dia akan kembali kepada korang. Betul tak?
Sudahlah tu guys! Kalau dia tak datang balik, korang lupakan je dia. Kalau betul sayang, dia akan usahakan balik untuk betulkan hubungan tu. Move on okay? Korang pasti boleh!
7. Pura-pura “okay”
Semua orang selalu berlakon yang dorang okay, tapi hakikatnya tak okay pun. Tapi takpa, orang putih cakap ‘take your time‘ untuk move on. Nanti dah move on korang dah tak perlu berlakon yang korang okay.
Kadang-kadang bila orang tanya pasal si dia, korang akan acah tak nak ambil kisah sebab nak nampak korang kuat je. Yelah tak nak risaukan orang sekeliling kita kan?
Apepun, janganlah bersedih kalau hubungan tu tak berakhir dengan apa yang kita harapkan. Ingat apa je yang jadi semua ada hikmah. Anggap je Allah tengah nak temukan korang dengan jodoh yang setanding dengan korang.
Akhir sekali, sabar itu indah dan korang jangan lupa untuk follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan fesyen, mekap dan lifestyle wanita yang trendy dan terkini.