Pada 23 November 2012 ini, Singapura bakal mengadakan sebuah konsert terbesar dengan jumlah 18,000 kapasiti penonton. Konsert tersebut bakal melampirkan barisan artis K-Pop terkenal seperti BoA, Super Junior dan juga Girls’ Generation.
Buat julung kalinya konsert terbesar di Singapura ini bakal diadakan di The Float @ Marina Bay dimana pentas persembahannya terapung di atas air. Menerusi pentas terapung ini, semestinya sebagai penonton anda mampu merasai sendiri pengalaman berada di atas pentas sambil menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan dengan jarak yang lebih dekat.
Artis-artis popular yang beraksi di konsert SMTOWN Live Tour III di Singapura ini merupakan artis di bawah naungan agensi hiburan terbesar di Korea Selatan, iaitu SM Entertainment. Konsert tersebut bakal berlangsung selama empat jam dan ia turut ditemani dengan beberapa elemen menarik seperti kesan muzik mega ekstravaganza, piroteknik, aksi lagak ngeri dan ditambah dengan pergerakan tarian berirama.
Sejak lawatan pertama konsert ini pada tahun 1999 yang lalu, ia telah mendapat sambutan lebih setengah juta penonton di seluruh dunia.
Pada tahun ini, SMTOWN Live Tour III telah mengadakan persembahannya di beberapa bandar besar seperti Amerika Syarikat, Taiwan, Tokyo, Jepun, dan juga Seoul, Korea. Singapura merupakan konsert penjelajahan yang ke enam dan ia dijangkakan bakal mendapat sambutan hebat oleh penonton-penonton di Singapura dan sekitar rantaunya.
Bagi anda yang sememangnya pelanggan Samsung, anda boleh dapatkan tiket konsert ini dengan mengemukakan mana-mana telefon bimbit Samsung dan Kad ahli OCBC mulai 29 September hingga 1 Oktober 2012 ini. Manakala bagi anda yang bukan pengguna Samsung, usah khuatir kerana anda juga mampu miliki tiket konsert ini menerusi penjualan secara terbuka mulai 2 Oktober 2012 akan datang.
Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan harga tiket dan sebagainya, anda boleh dapatkan informasi terkini menerusi Running Into The Sun pada minggu hadapan.
Sebagai rujukan, SMTOWN Live Tour III di Singapura ini telah dibawakan oleh Samsung dan Kad Rasmi OCBC. Konsert ini juga dengan bangganya dianjurkan oleh Running Into The Sun.