Kelahiran anak perempuan penyanyi kesayangan negara, Dato’ Siti Nurhaliza mengakhiri penantian 11 tahun wanita bersuara buluh perindu ini. Siti dan suaminya, Dato’ Khalid berkahwin pada 2006 dan telah berusaha untuk mendapatkan cahaya mata namun berakhir kecewa sehinggalah mereka berkongsi berita gembira kehamilannya, tahun lalu.
Artikel berkaitan: Dato’ Siti Nurhaliza Umum Nama Si Comel Pipi Merah. Seindah Nama, Secantik Tuannya!
Dato’ K rupa-rupanya turut melalui proses penantian yang cukup lama walaupun sudah mempunyai 4 orang anak dalam perkahwinan terdahulu.
18 tahun menunggu anak perempuan
Dato’ K mendedahkan, jika isterinya itu menunggu 11 tahun untuk menimang anak, dia pula menanti 18 tahun untuk mendapatkan anak perempuan sebelum lahirnya anak yang dinamakan Siti Aafiyah itu.
Alhamdulillah, selepas sekian lama, doa saya juga telah dimakbulkan Allah SWT.
Jika Siti 11 tahun, saya pula hampir 18 tahun berdoa supaya dikurniakan zuriat perempuan.
Sudah lama sediakan bilik
Malahan, sebagai persediaan, ahli perniagaan ini juga telah lama menyediakan bilik bagi anak perempuannya itu di rumah yang dibinanya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
Selepas rumah ini siap, semua anak saya dapat satu bilik. Ada satu bilik kosong dan saya sediakannya untuk baby girl. Jadi, barulah sekarang bilik itu dapat diguna.
Bercampur-baur perasaan tengok Siti jadi ibu
Tambah lelaki yang pernah menjadi bualan ketika detik awal pengumuman perkahwinan dengan Siti ini, apabila isterinya itu melahirkan puteri sulung, perasaannya bercampur-baur menjadi satu. Dia juga berharap dan berdoa supaya Aafiyah menjadi anak yang solehah.
Perasaan saya bercampur-campur. Ada sedih, gembira, bersyukur, semuanyalah. Tapi, saya happy sangat melihat Siti yang sekian lama ingin menjadi ibu.
Saya harap Siti Aafiyah akan membesar menjadi anak yang solehah.
Sumber: Sinar Harian