Pelakon Siti Elizad akui sedikit sebanyak terkesan dengan isu zuriat walaupun berusaha untuk bersangka baik dengan perancangan tuhan.
Artikel Berkaitan: 9 Tahun Berkahwin, Siti Elizad Sebak Cerita Soal Zuriat – ‘Orang Tak Tahu Saya Struggle Pergi Berubat’
Artikel Berkaitan: Tidak Mahu Terlalu Fikir Soal Zuriat, Siti Elizad Fokus Kesihatan Mental – ‘Tiada Perancangan Ambil Anak Angkat’
Beli katil double decker
Ketika ditemui OhBulan!, Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin akui mengidam untuk memiliki zuriat yang ramai dalam rumah tangga.
Ujarnya, bilik untuk bakal anak-anak telah pun disiapkan olehnya.
Tipulah kalau kata tak terkesan sebab dulu kita berangan bila dah kahwin, nak anak ramai.
Saya sendiri dah buat persedian bilik untuk anak-anak.
Saya dah beli katil dua tingkat, sebab ingatkan anak ramai dalam tempoh perjalanan 10 tahun ini.
Siti Elizad berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami di The Fleur, Ttdi, pada Rabu.
Enggan berharap
Dalam pada itu, pelakon berusia 40 tahun itu memaklumkan katil yang disediakan itu telah diberikan pada rakan-rakan terdekat.
Ujarnya, dia enggan terlalu berharap mengenai hal zuriat.
Sekarang dah musim reda.
Saya dah bagi katil itu pada kawan-kawan.
Sebab saya tak mahu bila lalu depan bilik itu, saya berharap.
Berikutan daripada itu, Elizad mengakui dirinya sudah akur dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah mengenai soal zuriat. Tambah Elizad, dia yakin pasti akan ada rezeki yang lebih baik buat dirinya nanti.