Penyanyi popular era 80-an, Datuk Siti Fairuz selamat mendirikan rumah bersama pilihan hatinya Syed Mohamed Syed Ismail, 72, pada Selasa.
Artikel berkaitan: Raysha Rizrose Sah Jadi Isteri Pelumba Kereta F3
Artikel berkaitan: Tahniah! Rashidi Ishak Tamatkan Zaman Duda Bersama Penerbit
Artikel berkaitan: Terima Mas Kahwin RM1,000, Nad Zainal Sah Jadi Isteri Ungku Ismail
Suamiku peminatku
Memetik Harian Metro, Siti Fairuz mendedahkan pasangannya itu merupakan peminat fanatik dirinya. Jelasnya, cinta mereka mula berputik apabila sering berbual antara satu sama lain setiap kali bertemu di acara persembahan.
Bermula dari situlah kami rapat. Suami sebenarnya peminat fanatik saya. Jadi saya melayannya sebagai peminat. Dari situlah kami selalu berbual dan saling mengenali hati budi.
Antara kami saling ada persamaan dan kami juga satu keturunan iaitu Yaman. Dia banyak memenuhi kriteria seorang imam dan suami. Kalau kata 100 mungkin 90 ada pada dia. Itu yang buat saya terbuka hati untuk berumah tangga lagi.
Kebetulan namanya pun hampir sama dengan nama bapa saya, Sheikh Mohamed. Suami berasal dari Johor tapi menetap di Kuala Lumpur.
Dia pesara tapi sekarang menjalankan perniagaan. Dulu peminat tapi lama-kelamaan ada perasaan. Orangnya sangat ‘gentleman’ memulakan semuanya.
Nikah di bulan Ramadan
Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Rindu Ku Sebut Nammu itu berkata, mereka memilih untuk bernikah dalam bulan Ramadan bagi mengambil keberkatan yang ada di bulan mulia ini.
Kami masing-masing sibuk. Jadi, kami cari tarikh dalam bulan puasa juga untuk ambil berkat. Tarikh ini (semalam) saja yang lapang. Alhamdulillah kawan-kawan pun semua suka dengan pilihan saya dan bagi lampu hijau.
Tak dinafikan sebelum ini ramai juga nak pikat saya. Biasalah kita artis. Apapun ini semuanya urusan Allah. Sebenarnya kalau ikutkan, memang rasa serik nak berumahtangga lagi dan rasa selesa hidup seorang, bersama anak-anak dan cucu.
Kita rasa kalau boleh tak nak dah. Tapi saya tak menolak jodoh. Itu urusan Allah dan kalau Allah kata jadi, jadilah. Ikut saja aturannya.
Untuk info, Siti Fairuz mempunyai lima anak dan empat cucu, manakala suaminya juga lima anak dengan 11 cucu.
Difahamkan, pasangan itu akan meraikan Aidilfitri di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum ke Johor dan Kuantan, Pahang untuk memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing. Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi selepas Aidilfitri nanti.
Siti Fairuz pernah mengambil keputusan bersara daripada dunia nyanyian selepas mendirikan rumah tangga pada 1990.
Imbas kembali, pada 14 Julai 2008, Siti Fairuz berpisah dengan suami, Mohamad Zainuddin Kordi dan membuat kemunculan semula dalam arena nyanyian.
Selepas itu dia dikatakan bernikah dengan Mahmud Abdul Samad pada 9 September 2011 tetapi turut berakhir dengan perceraian.
Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)