berita

Siti Fazurina Mahu Jernihkan Hubungan Dengan Ibu

June 26th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

fazurina

Masih ingat lagi tak pada kisah perkahwinan pelakon, Siti Fazurina yang tidak mendapat restu daripada ibunya? Sejak dari hujung tahun lepas hingga sekarang hubungan Fazurina dan ibunya masih lagi keruh kerana difahamkan pelakon itu berkahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga.

Walaupun ibu Fazurina, Zubaidah membenarkan anaknya bernikah untuk kali kedua pada 20 Mac lalu kerana pernikahan pertama dianggap tidak sah, Zubaidah masih tidak merestui perkahwinan itu.

Namun begitu, OHBULAN! kagum dengan pendirian Fazurina yang berniat mahu berjumpa ibunya pada bulan Ramadhan nanti untuk memohon maaf bagi menjernihkan kembali hubungan kekeluargaan.

Menurut laporan mStar Online, Fazurina rela beralah dalam persengketaan ini dan berharap perkahwinannya bersama Hykal Zulkifli direstui keluarga terutama sekali ibunya.

Sebelum ini saya banyak kali juga hantar mesej dan bertanya khabar kepada ibu tapi tiada balasan. Insya-Allah saya nekad awal Ramadhan ini saya akan balik rumah ibu.

Buat pertama kali biarlah saya seorang sahaja yang jumpa dahulu, kemudian barulah Hykal.

Di sini tiada siapa betul atau salah tapi pada saya apa juga yang berlaku di antara anak dan ibu, kita perlu tahu syurga itu di bawah tapak kakinya.

Baguslah Fazurina berfikir sedemikian, bulan Syawal pun dah makin dekat, lagi seronok rasanya kalau persengketaan ini tak berterusan. Kalau dua-dua keras hati, sampai bila-bila pun masalah tidak akan selesai, betul tak?

SKIP THIS AD ×