berita

Siti Kasim Wujudkan Petisyen Online Bantah Penamaan Menteri Pendidikan?

May 21st, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan barisan kabinet dalam kalangan ahli komponen parti Pakatan Harapan (PH). Sejak Dr. Maszlee Malik dilantik sebagai Menteri Pendidikan, muncul beberapa golongan liberal anti-Islam termasuk Siti Kasim kurang senang dengan penamaan tersebut.

Senario ini telah menarik perhatian pengguna Facebook, Afyan Mat Rawi mendakwa Siti Kasim dan rakan-rakannya sudah membuat petisyen bantahan secara online terhadap pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Golongan liberal anti-Islam tolak penamaan Menteri Pendidikan

Ketepikan sebentar perbezaan politik. Saya ada pandangan dan sokongan politik tersendiri, begitu juga kalian.

Seminggu lebih sudah berlalu, dan saya sedaya upaya elak untuk menulis panjang perihal politik biarpun ketika PRU lepas saban hari aktif saya menulis berkenaannya.

Beberapa hari lepas PM sudah pun mengumumkan barisan kabinet beliau dari kalangan rakan-rakan komponen parti Pakatan Harapan (PH). Susulan itu muncul golongan liberal yang anti-Islam menolak penamaan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Sebelum ini saya sangkakan ia hanya sekadar pandangan seorang dua individu Siti Kasim sahaja. Beliau selama ini memang begitu sikapnya terhadap sebarang isu berkaitan Islam. Malah kita pun tahu beliau sangat bencikan PAS dan menyokong PH.

Mereka membantah pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan kerana katanya beliau menyokong Dr Zakir Naik. Dan kita tahu golongan tadi memang anti kepada alim ulama termasuk Dr Zakir Naik.

Dalam hal ini, elok kita pandang dari sudut sensitiviti Muslim.

Saya tahu, rakan-rakan PAS sudah pun beberapa kali memberi peringatan tentang kebimbangan kumpulan-kumpulan sebegini yang menyokong dan berkempen untuk PH akan makin naik lemak jika PH memerintah. Dan ia sudah berlaku satu persatu. Selain kes ini, ada pula cadangan dari MP PKR supaya status agama digugurkan dari kad pengenalan.

Dan saya juga tahu, rakan-rakan PH yang mempunyai fikrah Islamis pun tidak setuju dan selesa dengan apa yang berlaku malah berkali-kali memberi jaminan bahawa kedudukan Islam tidak akan terjejas sekalipun PH menang kerana perlembagaan sudah memberikan jaminan. Saya sangat harapkan begitu walaupun saya tahu kedudukan Islam boleh terjejas tanpa usik seinci pun kandungan Perlembagaan Persekutuan.

Yang lepas biarkan ia berlalu dan jadikan sebagai muhasabah. Past is past.

Bukan masanya untuk memulangkan paku buah keras sekarang. Bukan “padan muka, aku kata dah!” yang harus diucapkan.

Petisyen online untuk menyokong

Ketika tulisan ini disiarkan, Siti Kasim and The Gang sudah membuka satu petisyen bantahan online terhadap pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang mendapat lebih 70,000 tandatangan. Petisyen itu mendesak supaya Dr Mahathir kekal sebagai Menteri Pendidikan sebagaimana cadangan asal.

Dalam masa sama juga, ada juga petisyen balas untuk membantah petisyen golongan liberal tadi untuk mengekalkan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Dan setakat tadi saya semak jumlahnya sudah menyaingi sedikit petisyen pertama.

Dan saya yakin, golongan tadi tidak akan biarkan ia berlaku dan akan terus berkempen selagi mana majlis angkat sumpah menteri belum diadakan.

Saya yakin semua rakan-rakan dan followers saya berfikir matang dan terbuka dalam hal ini untuk kita sama-sama berikan sokongan kepada Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Jadi, saya gesa kepada rakan-rakan dan follower saya baik PAS mahupun PH dan BN juga untuk sama-sama tandatangan online petisyen ini supaya golongan liberal tadi tahu bahawa umat Islam Malaysia bersatu.

Dr Maszlee Malik lagi baik jadi Menteri Pendidikan. Cuba bayangkan kalau Nga Kor Ming sebagaimana yang pernah disebut oleh LGE ketika kempen sebelum ini? Lagi haru.

Saya bukan peminat Dr Maszlee, tapi saya hormat beliau.

Patisyen di sini: Support Dr Maszlee Malik as Education Minister

Sumber: Afyan Mat Rawi

SKIP THIS AD ×