Pelakon jelita, Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan sebab dirinya mengirimkan doa agar dipertemukan jodoh menerusi ruangan komen di Instagram (IG) pelakon, Aniq Suhair baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Tiada Niat Nak Burukkan Sesiapa, Siti Khadijah Tampil Mohon Maaf
Diri terasa ‘sunyi’
Ketika ditemui OhBulan!, Khadijah mengakui dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan-rakan sebaya sudah mendirikan rumah tangga.
Tambah Siti, perkahwinan juga merupakan salah satu target hidup baginya memandangkan usianya sudah menjangkau 27 tahun.
Saya sudah pun berusia 27 tahun dan salah satu matlamat hidup saya adalah untuk mendirikan rumah tangga dan mempunyai keluarga.
Nak kata keluarga mendesak itu tidaklah tetapi mungkin sebab saya rasa ‘lonely’ sebab kebanyakan kawan saya semua dah kahwin dan ada anak.
Saya rasa macam, ‘Bila lah saya pula nak hantar kad jemputan kahwin saya pada mereka’.
Siti berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara.
Ketika ditanya mengenai kriteria lelaki idamannya, pelakon drama ‘Rumah Siti Khadijah’ ini mendedahkan bahawa dia mahukan seorang lelaki yang matang.
Saya mahukan seorang lelaki yang lebih berusia daripada saya, matang serta stabil dari segi emosi dan juga kewangan.
Tapi yang paling penting ialah matang sebab saya tak suka nak layan perangai kebudak-budakkan.
Saya mungkin seorang yang sangat kuat bila bersendiri tetapi saya perlukan seorang lelaki lebih dominan dalam kehidupan saya.
Sekadar info, Siti Khadijah memegang watak utama dalam drama ‘Wanita Syurga’ bersempena sambutan Ramadan dan Syawal ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ yang bakal bersiaran pada 15 Mac ini.