berita

Siti Nurhaliza Aktif Muay Thai Untuk Tingkatkan Stamina, Akui Nafas Semakin Pendek Selepas Dijangkiti Covid-19

November 7th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui berdepan masalah pernafasan selepas terkena jangkitan Covid-19 sejak beberapa bulan yang lalu. Tambah Siti, dia sukar untuk menyanyi lagu yang bernada tinggi sebaik sahaja pulih daripada jangkitan wabak tersebut.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Kongsi Momen ‘Mahal’ Selfie Dengan Lee Min Ho, Rupanya Ada Protokol…

Artikel Berkaitan: Saya Lebih Gembira Jika Aafiyah Tidak Pilih Untuk Jadi Penyanyi – Siti Nurhaliza

Nafas jadi pendek

Sebelum memulakan persembahan ‘Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza’ pada hari Sabtu yang lalu, Siti atau lebih mesra disapa TokTi, 43 memberitahu kepada penonton bahawa dia mengalami masalah pernafasan kesan daripada jangkitan virus Covid-19. Berikutan daripada itu, kualiti nyanyiannya sedikit terjejas tatkala menyanyikan lagu-lagu yang bernada tinggi.

Selepas sembuh Covid-19, kesannya masih ada, nafas jadi pendek. Sebagai penyanyi, sudah tentu suara adalah aset penting sehingga menyukarkan saya mencapai nada tinggi bagi sesebuah lagu.

Tambah ibu kepada dua orang anak ini, dia telah melakukan aktiviti Muay Thai bagi mengekalkan stamina untuk membina semula sistem pernafasannya yang terjejas.

Itulah sebabnya saya aktif dalam sukan Muay Thai, untuk memperkuatkan sistem pernafasan. Jadi saya sedang cuba untuk kembalikan ‘range’ suara yang boleh capai. Mungkin akan ambil masa sikit. Saya dapat rasakan ada sedikit perubahan selepas Muay Thai.

Sumber: Gempak

SKIP THIS AD ×