Pemilik lagu ‘Comel Pipi Merah’, Datuk Seri Siti Nurhaliza, tidak menghalang apa jua minat anak sulungnya, Aafiyah. Namun, beliau berharap Aafiyah tidak memilih untuk mengikut jejaknya sebagai seorang penyanyi.
Artikel Berkaitan: Zamani Bakal ‘Operate’ Tulang Belakang November Ini, Siti Nurhaliza Titip Doa
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Kongsi Momen ‘Mahal’ Selfie Dengan Lee Min Ho, Rupanya Ada Protokol…
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza ‘Hilang Suara’ Akibat Bronkitis, Perlu Gunakan ‘Inhaler’
Tidak tetapkan impian anak
Menerusi video yang di muat naik di Instagram story milik Siti Nurhaliza, Aafiyah sering kali kelihatan menonjolkan bakatnya dalam nyanyian. Susulan daripada itu, ramai netizen yang merasakan Aafiyah ingin mengikut jejak langkah ibunya sebagai seorang penyanyi.
Berdasarkan laporan Kosmo, Siti Nurhaliza tidak mengatur pilihan hidup anaknya. Jika Aafiyah memang dikurniakan bakat dalam nyanyian, Siti hanya berharap anaknya kuat dari segi mental dan fizikal. Tambah siti, suaminya mahu Aafiyah meneruskan perniagaan yang sedia ada.
Semestinya saya ingin kerjaya yang terbaik buat Aafiyah. Sebagai ibu bapa, saya hanya akan menyokong segala pilihan yang dibuatnya. Namun begitu, saya akan lebih gembira jika Aafiyah memilih kerjaya selain daripada menjadi seorang seniman.
Ibu kepada 2 cahaya mata itu menyatakan bahawa dia banyak berfikir tentang keadaan anaknya jika berada di dalam bidang seni. Sebagai seorang penyanyi yang telah berada di dalam bidang seni sepanjang 26 tahun, Siti menyatakan pelbagai kerisauan yang bermain di dalam fikirannya. Berikutan daripada itu, Siti hanya berharap yang terbaik buat anaknya.
Sumber: Kosmo