Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah mengadakan sebuah majlis bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-18 bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Jiwa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fedtri Yahya Imbau Momen Jadi Hos Majlis Pernikahan Siti Nurhaliza & Datuk K 18 Tahun Lalu – ‘Pengalaman Yang Berharga’
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Diberi Kesempatan Melihat Anak-Anak Nanti Naik Pelamin’ – Siti Nurhaliza
Beg hantaran
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah beg tangan berwarna putih yang digayakan Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 45, di majlis tersebut.
Difahamkan, beg berkenaan merupakan hantaran yang diterima Siti pada majlis pernikahanya bersama Datuk Seri Khalid atau mesra disapa Datuk K, 18 tahun lalu.
Sementara itu, sebuah akaun di platform X mendedahkan beg tersebut merupakan edisi terhad yang dikeluarkan sebuah jenama mewah.
Beg Louis Vuitton edisi terhad Les Extraordinaires Tupelo GM dari koleksi Spring/Summer 2006.
Imbas kembali, Siti dan Datuk K mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Aafiyah, 6, dan Muhammad Afwa, 4.