Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan tahap kesihatannya tidak berada dalam keadaan baik ketika merakam lagu hari raya berjudul ‘Air Mata Syawal’ yang dilancarkan pada 2003.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bila Rumah Siti Nurhaliza Habis Gas – ‘Sulaiman Boleh Tolong Tak? Gas Saya Dah Habis’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Gugur Air Mata, Kongsi Kisah Baju Raya Untuk Anak-Anak Gaz4 – ‘Allah Bagi Peluang Saya & Suami Bantu Mereka’
Tidak sihat, suara sengau
Menurut Siti, ketika itu dia sedang mengalami selesema sehingga menyebabkabn suaranya sedikit sengau.
Meskipun tidak sihat, Siti berkata pencipta lagu tersebut iaitu Allayarham Pak Ngah memuji nyanyianya kerana sesuai dengan ‘mood’ lagu ‘Air Mata Syawal’.
Cerita fasa lagu Air Mata Syawal, masa rakam saya tengah selsema. Memang suara tengah sengau dan kebetulan kena lagu yang mood sedih.
Pak Ngah pun suka, sebab mood sedih itu kena. Kalau saya tengok semua muzik video pun akan rasa sedih sebab ada gambar arwah ayah dalam muzik video.
Siti berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam program podcast Kool 101.
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata lagu tersebut ditujukan khas buat mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyambut Lebaran.
Lagu Air Mata Syawal itu memang lagu sedih, sebab dalam banyak-banyak lagu raya yang meriah mesti kena ada satu lagu yang sedih.
Bukan semua orang dapat pulang ke kampung untuk beraya, jadi untuk mereka yang tidak balik lagu ini untuk anda.
Sumber: TikTok