berita

[VIDEO] Bila Rumah Siti Nurhaliza Habis Gas – ‘Sulaiman Boleh Tolong Tak? Gas Saya Dah Habis’

March 25th, 2024 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gelagat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika gas di dapur rumahnya habis berjaya mencuri perhatian netizen di TikTok.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nak Jual Kereta Mercedes A45, Netizen Banjiri Dengan Komen Lucu – ‘Atome Boleh Tak?’

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Muat Naik Foto Aafiyah Sempena Birthday, Peminat Komen ‘Persis Tokti Di Awal Kemunculan’

Sulaiman boleh tolong?

Menerusi rakaman video berdurasi 0:52 saat itu, Siti kelihatan sedang sibuk memasak di dapur bagi menyediakan juadah berbuka puasa. Namun begitu, gas tiba-tiba habis. Pada waktu itu juga, penghantar gas tidak dapat membuat penghantaran kepadanya berikutan hujan lebat.

Susulan daripada itu, Siti dipercayai menghubungi pembantunya yang bernama Sulaiman bagi meminta pertolongan.

Sulaiman saya ni. Saya pakai Khadijah punya telefon. Sulaiman boleh tolong tak? Gas saya dah habis. Kedai gas tak mahu hantar kerana hujan. Kamu boleh kena hujan atau tidak? Minta tolong sebab mahu masak berbuka. Terima kasih. Ambil duit sini.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen dan peminat Siti berkata, mereka sudi menghantar tong gas yang baru kepada penyanyi kesayangan mereka itu. Lebih terhibur, ada yang sukarela memandu dari jauh semata-mata mahu membantu Siti.

Video

@sitizoner

#fyp

? bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Sumber: Sitizoner

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×