Selepas selesai persembahan ‘Music of The Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza’ pada hari Sabtu yang lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi satu berita sedih mengenai ibunya.
Artikel Berkaitan: Anak Positif Covid, Che Ta Janji Sambut Birthday Aaisyah Dhia Rana Di Tempat Mewah Nanti
Artikel Berkaitan: Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5, Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan
Menurut Siti, ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, telah dijangkiti Covid-19. Berikutan daripada itu, Siti memohon jasa baik orang ramai supaya mendoakan kesembuhan ibunya.
Beri kata semangat
Tambah Siti, sebagai seorang anak dia berasa bimbang mengenai keadaan kesihatan ibunya selepas mendapat tahu mengenai hal tersebut. Ujar Siti lagi, dia terpaksa meneruskan persembahan dan memberikan yang terbaik kepada peminat di malam terakhir konsert amal yang berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre.
Bercerita lebih lanjut, Siti berkata ibunya sempat memberikan kata-kata semangat untuknya meneruskan persembahan.
Mak saya nasihatkan saya supaya baik-baik dan buat elok-elok sebab tinggal satu hari lagi untuk saya tamatkan konsert.
Baru rasa senang hati
Terbaru, Siti atau mesra disapa sebagai TokTi meluahkan rasa lega sebaik sahaja mendengar perkembangan positif mengenai ibunya.
Hubungi mak pagi tadi, dengar suara mak ceria, barulah rasa senang hati nak kerja malam ini. Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah.
Tambahnya lagi, meskipun ibunya tidak mengalami simptom yang teruk, namun, dia tetap risau kerana wanita itu merupakan seorang penghidap asma. Jelas TokTi, walaupun ada saudara mara yang menetap berhampiran rumah ibunya, tetapi dia tidak mampu menahan kebimbangan dalam hatinya. Siti dipercayai akan pulang ke Lipis selepas keputusan ibunya negatif dan tamat tempoh kuarantin.
Buat masa ini, mak hanya kuarantin dan tunggu untuk negatif sahaja. Saya fikir kalau mak dah sembuh, saya nak balik Lipis, melawat mak. Sebab saya pun dah lama tak balik kampung.
Sumber: Harian Metro