Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meminta orang ramai berhenti membuat sebarang kenyataan mengenai dirinya dengan mana-mana acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Jawab Kritikan Album Marketing Macam Zaman Batu – ‘Sabar Sikit Ye..’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Tak Halang Peminat Panggil ‘Tokti’ – ‘Kalau Acara Formal Perlu Sebut Nama Betul’
‘Saya juga yang kena’
Menerusi hantaran di Instagram Story, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata dia tidak mahu perkara tersebut menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
Menurut Siti, kelak pada akhirnya dia yang akan menanggung kesan serta akibatnya.
You all ni, suka tau buat posting macam ini. Nanti kalau ada yang komen-komen, saya juga yang kena. Janganlah, saya tak pernah risau apa-apa.
Pada hantaran sama, Siti turut memuat naik tangkapan skrin layar sebuah berita yang melaporkan jumlah penonton seramai 85,550 yang hadir menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, Jumaat lalu.
Berita tersebut turut menyatakan dengan jumlah berkenaan, ia sekali gus telah memintas rekod kehadiran penonton yang dicatat pada konsert Coldplay baru-baru ini iaitu seramai 75,000.
Bagaimanapun, rata-rata netizen yang meninggalkan komen di media sosial berpendapat perbandingan tersebut tidak wajar dilakukan memandangkan konsert dan perlawanan bola sepak adalah dua perkara yang berbeza.
Malah kata netizen, banyak perkara perlu dinilai sekiranyaa ingin memhuat perbandingan termasuk dari sudut harga tiket.
Sumber: Instagram