Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza membeli sebuah rumah di Dubai. Menurut netizen, harga rumah yang dibeli oleh Tok Ti itu mencecah puluhan juta. Betul ke?
Artikel berkaitan: Siti Nurhaliza Syukur Dapat Beli Rumah Pertama Di Dubai, Asyraf Khalid Jadikan Sebagai Pemangkin Semangat
Terbaru, Tok Ti dilihat tampil menjelaskan spekulasi mengenai perkara tersebut.
Lokasi strategik untuk kembangkan perniagaan
Menurut Siti, kediaman tersebut tidak mencecah nilai puluhan juta ringgit. Disoal mengapa memilih Dubai, Siti berkata negara Timur Tengah itu merupakan salah satu lokasi yang sangat strategik untuk memperkembangkan perniagaan.
Semua orang ada impian dan itu (kediaman) merupakan antara impian saya. Saya anggap pembelian hartanah itu adalah sebagai satu pelaburan. Selain itu saya juga bercadang ingin menggembangkan perniagaan di Timur Tengah. Saya juga memang suka dengan Dubai kerana ia sebuah negara yang pesat membangun.
Pun begitu, harganya tidaklah sebagaimana yang digembar-gemburkan. Saya belum mampu lagi capai tahap itu. Berkemungkinan satu hari nanti kerjaya saya akan berkembang di sana. Dubai juga salah satu negara Islam yang maju. Segala yang terbaik ada di sana. Selain saya suka dengan kepesatan dan pembangunan di sana.
Selain peminat, Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Tok Ti.
Sumber: Media Hiburan