Penyanyi terkenal, Datuk Seri Nurhaliza adalah anak seni yang tidak asing dalam dunia hiburan. Bakat dan personalitinya membuatkan ramai yang masih menyokong penyanyi itu sehingga kini.
Baru-baru ini, Siti menjadi bualan hangat pengguna media sosial selepas berkongsi rumah yang baru dibeli di Dubai.
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Jadi Penyampai Laporan Cuaca, Peminat Puji Sama Macam Pembaca Berita
Artikel Berkaitan: ‘Sang Diva Jadi Permata Di Mana-Mana’ – Persembahan Siti Nurhaliza Di D’Academy 5 ‘Ubat’ Rindu Peminat Indonesia
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Aktif Muay Thai Untuk Tingkatkan Stamina, Akui Nafas Semakin Pendek Selepas Dijangkiti Covid-19
Syukur rezeki
Menerusi Instagram Stories, Siti atau lebih mesra dengan panggilan Tokti meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan Alla SWT.
Dalam video tersebut, penyanyi berusia 43 tahun itu sedang meninjau keadaan rumah yang dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall bersama dua orang anaknya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.
Mak Iti memang layak
Susulan perkongsian itu, anak tirinya, Asyraf Khalid tumpang gembira apabila Tokti berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai.
Mengambil kejayaan itu sebagai sumber inspirasi, Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin akan bekerja keras pada masa akan datang.
Tahniah Mak Iti atas harta pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat pencapaian Mak Iti. Ianya satu inspirasi buat saya dan Tya.
Doakan suatu hari nanti, Asyraf pun boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Mak Iti sememangnya layak dengan usaha yang berterusan selama ini.
Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid sempat berseloroh dengan menyatakan dia tidak perlu lagi menyewa hotel apabila bercuti ke Dubai selepas ini.
Usaha dari kecil
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat turut bangga dan teruja dengan pencapaian TokTi yang mampu membeli rumah di negara mewah tersebut.
Sumber: Instagram @ctdk dan @asyrafkhalid & Tiktok @watieysoong