Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza menyatakan tidak menjadi masalah untuk dia sekiranya ada segelintir peminat yang memanggilnya dengan panggilan ‘Tokti’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Dedah Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, Tak Pernah Tolak Permintaan Peminat – ‘Dia Penyanyi Nombor 1 Tapi Hormat Semua Orang’
Artikel Berkaitan: Coldplay Pecahkan Rekod 19 Tahun Dipegang Siti Nurhaliza, 75,000 ‘Lautan Manusia’ Hadir Ke SNBJ
Panggilan Tokti salah?
Menerusi video di TikTok Astro Awani, Siti bagaimanapun berkata panggilan ‘Tokti’ itu hendaklah digunakan pada situasi dan acara yang bersesuaian.
Jelas Siti, sekiranya dia berada di acara yang formal, seeloknya nama sebenar diguna pakai.
Ikut kepada keadaan dan masa ketika bila mahu panggilan itu (Tokti) mahu digunakan.
Ketika acara yang hanya saya bersama peminat sahaja, tiada masalah untuk mereka memanggil saya dengan panggilan Tokti.
Tapi ketika keadaan tertentu perlu sesuaikan dengan situasi tersebut.
Dalam video sama, pelantun lagu Purnama Merindu itu berkata dia tidak menghalang peminantnya menggunakan panggilan ‘Tokti’.
Kalau kata jangan panggil saya Tokti dan hanya boleh panggil Siti Nurhaliza, saya tak nak sampai begitu. Kalau ada acara formal perlu menyebut nama betul, Siti Nurhaliza.
Terdahulu, segelintir peminat berpendapat tidak manis memanggil Siti dengan panggilan ‘Tokti’.
Malah, isu tersebut menjadi perdebatan antara peminat penyanyi berusia 44 tahun itu di platform X, baru-baru ini.
Sumber: TikTok