berita

Siti Sarah Pilih Nama Ayash Affan, Shuib Reda Dengan Ujian – ‘Allah Telah Banyak Uji Kami …’

August 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak Shuib, 37, mendedahkan isterinya, Siti Sarah sudah memilih nama untuk anak keempat mereka.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Yakin Sarah Akan Balik Ke Rumah Ini’ – Shuib

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Selamat Bersalin Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus

Sarah pilih nama Ayash Affan

Dalam keadaan sayu, Shuib berkata Sarah yang ingin menamakan Ayash Affan untuk bayi mereka yang berkemungkinan akan terus berada dalam pengawasan pihak hospital selama dua bulan.

Shuib memohon agar mendoakan anak itu kuat selepas dilahirkan secara pramatang dan menggunakan bantuan pernafasan.

Dia yang nak sangat anak kami dinamakan Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh, doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini.

Ya, saya dah reda

Sebak bertutur, pemilik nama Shahmira Muhamad akui dia sudah reda dengan segala keadaan yang berkemungkinan berlaku selepas ini.

Dalam pada itu, dia juga memohon agar semua orang memaafkan Sarah seandainya ada menyakiti hati mana-mana pihak selama ini.

Malam ini mengajar saya banyak perkara, Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keadaan selepas ini saya akan reda. Allah telah banyak uji kami, dari tahun pertama kahwin sampai sekarang, Allah memang hantar dia untuk baik hidup saya.

Saya minta maaf sekiranya Siti Sarah ada menyakiti sesiapa, halalkan makan minumnya dan doakan agar dipermudahkan perjalanannya.

Tolong doakan dia. Tolong doakan anak saya juga yang berada di hospital.

Shuib berkata demikian ketika majlis bacaan Yasin yang diadakan secara maya pada Jumaat malam yang turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Terdahulu, sekitar jam 12 tengahari, Sarah ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal pagi Jumaat.

Pada pukul 5 petang, Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki secara pembedahan namun masih tidak sedarkan diri sehingga sekarang.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×