berita

‘Saya Yakin Sarah Akan Balik Ke Rumah Ini’ – Shuib

August 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Siti Sarah dilaporkan kritikal selepas selamat melahirkan bayi lelaki sekitar pukul 5 petang tadi.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Selamat Bersalin Anak Lelaki

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Dipermudahkan Urusan

Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus

Isteri saya kuat

Suaminya, Shuib, 36, menyatakan dia percaya Sarah seorang wanita yang kuat dalam menghadapi dugaan ini.

Shuib ditemui ketika majlis bacaan Yasin yang diadakan secara maya, sebentar tadi.

Saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah ini. Anak-anak semua mendoakan dia. Insya-Allah Sarah akan sihat.

Doa sekali untuk semua pesakit Covid-19

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhamad memohon agar turut mendoakan untuk semua pesakit Covid-19 yang sedang bertarung nyawa melawan virus tersebut.

Saya nak ucapkan jutaan terima kasih. Syukur.. Allah hantar orang yang baik dekat saya. Terima kasih banyak sebab luangkan masa untuk sama-sama baca Yasin untuk isteri saya.

Kita doakan juga untuk pesakit yang tengah bertarung nyawa melawan Covid-19.  Kita tahu dekat luar sana ramai yang berada dalam situasi sama.

Sekitar jam 12 tengahari, Sarah ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal pagi tadi.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Selepas usai bacaan Yassin, doktor memaklumkan paras oksigen Sarah semakin baik dan mereka akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada pukul 2 petang.

Sebelum ini, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan yang sedang sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, kelmarin, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulan kira-kira pukul 6.30 petang.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan pelawak Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×