berita

Siti Sarah Selamat Bersalin Anak Lelaki

August 6th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi Siti Sarah telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Dipermudahkan Urusan

Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus

Belum sedarkan diri

Berita itu dikongsikan oleh pengurusnya iaitu Nana Mohammad Rom menerusi kiriman mesej yang dihantar di WhatsApp, sebentar tadi.

Bagaimanapun, kata Nana, Sarah masih belum sedarkan diri sehingga sekarang.

Untuk makluman Siti Sarah Raissuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang tadi. Walau bagaimanapun keadaan Sarah masih belum sedar.

Mohon tak henti doa

Justeru, Nana memohon agar rakyat Malaysia terus mendoakan kesejahteraan Sarah dan anak lelakinya.

Mohon doa semua untuk dipermudahkan segala urusan.

Sekitar jam 12 tengahari, Sarah ditidurkan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), awal pagi tadi.

Berikutan itu, sebagai alternatif bagi mendoakan kesejahteraannya, majlis bacaan Yassin diadakan yang dipimpin oleh Imam Muda Asyraf.

Selepas usai bacaan Yassin, doktor memaklumkan paras oksigen Sarah semakin baik dan mereka akan melakukan pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungan pada pukul 2 petang.

Sebelum ini, dilaporkan penyanyi lagu Kesetiaan yang kini sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital sama berikutan tahap oksigen yang semakin menurun, kelmarin.

Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, kelmarin, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulan kira-kira pukul 6.30 petang.

Sarah sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu selepas mereka menjalani ujian saringan apabila pembantu rumah disahkan positif wabak itu.

Sarah dan pelawak Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

 

Sumber: Instagram @shuibsepahtu

SKIP THIS AD ×