berita

Skuter Elektrik Dilarang Berada Atas Jalan Raya, Perlu Dapat Lesen JPJ

December 13th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur iaitu ACP Zulkefly Yahya menerusi laporan BERNAMA mengumumkan penggunaan skuter elektrik di atas di atas jalan raya adalah dilarang. Kesalahan tersebut bakal berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 dan individu yang ingkar akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Boleh mengundang kemalangan

Sebelum ini, pihak polis telah menerima pelbagai aduan mengenai pengguna skuter elektrik ini yang menyebabkan gangguan kepada jalan raya dan boleh mengundang kemalangan. ACP Zulkefly Yahya berkata penggunaan skuter elektrik hanya dibenarkan di tempat yang digazetkan seperti di taman permainan, kawasan penjalan kaki dan kawasan sekitar pusat beli-belah sahaja.

Penunggang skuter elektrik tidak dibenarkan untuk menggunakannya di atas jalan raya kerana ia menganggu pengguna jalan raya yang lain, boleh mendatangkan bahaya atau terlibat kemalangan. Setakat ini, polis telah mengenal pasti tiga kawasan aktif penggunaan skuter berkenaan di ibu negara, iaitu di sekitar Dataran Merdeka, KLCC dan Bukit Bintang.

Perlu dapat lesen JPJ

Pihak polis sedang memantau orang ramai yang bermain skuter itu di atas jalan raya dan setakat ini, kami tidak mengambil tindakan dan hanya menasihatkan dahulu sebelum tindakan mula dikenakan pada 1 Jan depan.

Tambah Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik lagi, penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya perlu mendapatkan lesen kebenaran khas daripada JPJ.

Sekiranya masih ada individu ingkar dengan arahan tersebut individu akan dikenakan hukuman dengan kesalahan pertama didenda sebanyak RM300 dan kesalahan kedua, boleh didenda sebanyak RM1,000.00 atau penjara tiga bulan.

Sumber: BERNAMA

SKIP THIS AD ×