berita

Sky Mirror Kuala Selangor Bagi Diskaun Sehingga 50%, Beli 2 Tiket Percuma 1

July 7th, 2020 | by AnisAffandi
Travelogue

Sky Mirror World menjadi satu tumpuan semenjak tempat itu dibuka untuk orang awam. Hanya terletak di Kuala Selangor, pasti ramai yang ingin ke sana waktu hujung minggu. Inilah peluang terbaik buat anda kerana Sky Mirror World sedang menawarkan promosi tiket beli 2 percuma 1!

Diskaun sebanyak 30% dan 50%

Keindahan Sky Mirror dan Blue Tears itu sering menjadi tumpuan kerana pemandangannya yang cantik. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana, anda boleh layari www.skymirrorworld.com untuk membuat tempahan.

Inilah peluang keemasan yang tidak patut anda lepaskan. Dengan promosi kaw-kaw ini, Sky Mirror World juga menawarkan dua pakej iaitu ke Sky Mirror yang berharga RM 80 dan juga pakej meliputi bagi helang makan, melihat kelip-kelip dan ‘blue tears’ juga berharga RM 80.

Lebih menarik, diskaun sebanyak 30% untuk dewasa dan 50% untuk kanak-kanak diberikan untuk pembelian seterusnya. Anda perlu membuat tempahan dan pembayaran sebelum 31 Julai 2020.

Tarikh tour bermula pada 30 Jun lepas sehinggalah 30 April 2021. Anda boleh layari laman web yang tertera untuk informasi lebih lanjut.

Sumber : The Vocket

SKIP THIS AD ×