berita

Skyfall, Filem Siri James Bond 007

August 22nd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Skyfall merupakan sebuah filem siri James Bond dan ia berkisahkan sebuah penyiasatan yang penuh aksi dan mendebarkan. Filem ini merupakan filem ketiga lakonan Daniel Craig sebagai Ian Fleming’s James Bond 007.

Menerusi filem aksi Skyfall, watak James Bond telah dikatakan hilang dan dianggap telah mati. Identiti untuk menjalankan segala aktiviti pengintipan ejen M16 juga telah dimusnahkan daripada data internet.

Menerusi insiden tersebut, pihak kerajaan telah menggunakan M sebagai subjek rujukan mereka dalam menangani segala situasi dan masalah. Namun begitu, apabila M mula diserang oleh pihak tertentu, Bond telah muncul secara tiba-tiba dan mereka telah berhubung secara rahsia. Apakah akan berlaku antara Bond dan M selepas itu? Dapatkah mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem aksi ini, jangan lupa untuk menontonnya di pawagam berhampiran pada 1 November 2012 nanti. Antara pelakon yang terlibat dalam filem ini adalah Daniel Craig, Javier Bardem, Ralph Fiennes serta Naomie Harris.

Sedikit sedutan filem Skyfall untuk tontonan peminat filem James Bond :

SKIP THIS AD ×