berita

Sleeq Nafi Tumpang Populariti Artis Lain Untuk Raih Perhatian Peminat Malaysia

June 25th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

sleeq-7-2

Aaron Aziz, Ramlah Ram, Najwa Latif, Hazama, dan Joe Flizzow. Itu antara nama-nama selebriti yang pernah berkolaborasi dengan Sleeq dalam kebanyakan lagu kumpulan duo hip hop ini.

Memandangkan Sleeq pernah menghadapi pelbagai dugaan untuk menaikkan nama mereka di Malaysia di awal kemunculan mereka, ada yang menganggap kumpulan ini sengaja menumpang populariti penyanyi yang terkenal.

Tetapi dua pemuda yang berasal dari Singapura ini tetap menafikan dakwaan tersebut. Salah seorang ahlinya, Syarif menganggap kolaborasi yang terjadi sebagai satu kebetulan.

sleeq-3-2

Kami tak pernah merancang untuk menumpang atau menggunakan populariti sesiapa dalam usaha menaikkan nama kami di Malaysia. Semuanya terjadi secara kebetulan. Seperti contoh, pihak Najwa Latif menghubungi kami untuk berkolaborasi dalam lagu ‘Sahabat’.

Bagi kami, mengapa tidak? Kami gunakan kesempatan ini untuk bekerjasama dengan Najwa. Najwa menampilkan kami dalam lagu ‘Sahabat’, sementara kami pula menampilkan Najwa dalam lagu ‘Untuk Dia’. Kolaborasi kami dengan artis-artis lain juga tidak dirancang. Ianya berlaku secara kebetulan dan bila perkara itu jadi, baru kami rancang untuk lagu tersebut dimuatkan dalam album terbaru kami.

Apapun, Alyph mengakui kerjasama seperti itu banyak membantu tetapi sedikit sebanyak kejayaan tetap berpunca dari kesungguhan mereka sendiri.

sleeq-2-2

Album sebelum ini hanya kami berdua sahaja, jadi untuk album terbaru ini kami tampilkan banyak kolaborasi dengan artis lain seperti Hazama, Aaron Aziz, Najwa Latif dan Joe Flizzow. Kami mengakui lagu-lagu kolaborasi boleh membawa kami lebih jauh ke hadapan. Tetapi di akhir nanti, jika tiada usaha kami sendiri untuk memasarkan dan memperbaiki muzik kami, semuanya sia-sia sahaja.

Untuk pengetahuan, album ketiga yang diberi nama SleeQ The Album 2014 ini memuatkan lapan buah lagu antaranya Tepi Sikit, #1, Salam Semua, Tiba Masa, Lari, NGTU (Nobody Get To You), Untuk Dia, dan Salam Semua versi unplugged.

SKIP THIS AD ×