berita

‘So PKPD Ni Untuk Orang Patuh SOP Atau Kilang?’ – Che Ta

July 2nd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebahagian besar mukim di lapan daerah di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula Sabtu ini. Keputusan ini dilakukan oleh pihak kerajaan susulan trend jangkitan Covid-19 yang tinggi di kedua-dua negeri tersebut.

Artikel berkaitan: Kes Covid-19 Makin Tinggi Sebab Kilang Buka, Shahrulezad Minta Mutfi Keluarkan Fatwa

Berikutan daripada pengumuman tersebut, rata-rata netizen termasuk golongan selebriti mula meluahkan pandangan mereka berhubung pelaksanaan PKPD di dua negeri tersebut.

PKPD untuk siapa sebenarnya?

So PKPD ni untuk siapa sebenarnya? Jawab sat. Untuk orang yang patuh SOP, untuk yang duduk rumah dan tak keluar atau untuk kilang yang masih beroperasi?

Di Instagram, pelakon, Rozita Che Wan salah seorang selebriti yang dipercayai mengajukan beberapa soalan mengenai PKPD yang bakal dilaksanakan. Menurut Che Ta, pelaksanaan PKPD tersebut untuk siapa sebenarnya memandangkan kebanyakan masyarakat duduk di rumah ketika kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama sebulan sepanjang bulan Jun.

Selain Che Ta, pengarah drama ‘Takdir Yang Tertulis’  iaitu Sharulezad turut meluahkan rasa ‘pelik’ kenapa pihak yang berkenaan khususnya Mufti tidak mengeluarkan hukum berkaitan situasi semasa berkenaan Covid-19.

91 peratus kluster di Selangor

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu bahawa Program Vaksin Selangor (SelVAX) Komuniti akan memberi manfaat kepada 250 ribu orang warga Selangor yang belum divaksin, manakala (SelVAX) Industri adalah program berbayar yang terbuka kepada syarikat secara sukarela dengan sasaran satu juta pekerja. Hal ini berikutan 91 peratus kluster di Selangor berpunca daripada pekerja iaitu 80 peratus kluster perkilangan dan 11 peratus kluster tapak binaan.

Justeru itu, kerajaan negeri dipercayai menyediakan dua juta dos vaksin bersamaan satu juta pekerja termasuk pekerja asing dalam usaha melindungi semua pihak daripada penularan wabak Covid-19 ini.

Sumber: Rozita Che Wan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×